mengarut ke takut najib....nampak sangat anda terlibat...!!!

Terima arahan bunuh: Mengarut, kata Najib kepada Sirul





Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menganggap bekas komando polis Sirul Azhar Omar membuat kenyataan mengarut apabila mendakwa beliau bertindak mengikut arahan ketika membunuh model Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Baharu Cina di Wisma MCA hari ini, Najib yang sebelum ini turut dikaitkan dengan mangsa kes bunuh itu, enggan mengulas lanjut.

"Mengarut semua tu, mengarut," katanya sambil menggelengkan kepala.

Najib diminta mengulas dakwaan Sirul, yang kini ditahan di Australia, yang dilaporkan Malaysiakini pada Selasa mendakwa, beliau menerima arahan untuk membunuh Altantuya sedangkan pembunuh "sebenar" masih bebas.

"Saya menerima arahan. Orang-orang penting dengan motif tertentu masih bebas," katanya dalam satu wawancara dengan portal berita itu.

Kelmarin, Sirul dilaporkan berkata pegawai kanannya ketika itu, Timbalan Penguasa Musa Safri, sepatutnya dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya itu.

Ketika kejadian, Musa merupakan pembantu peribadi Najib yang ketika itu timbalan perdana menteri.

"Dia sepatutnya dipanggil menjadi saksi oleh pihak pendakwa," Sirul dipetik berkata oleh Malaysiakini dalam satu laporan eksklusif.

Sirul, 43, juga memberitahu Malaysiakini beliau tidak pernah mengenali Altantuya atau Abdul Razak Baginda – penganalisis politik dan kawan rapat Najib – yang dibebaskan atas tuduhan bersubahat dalam pembunuhan itu.

Bapa Altantuya, Dr Setev Shaariibuu sebelum ini mendakwa anaknya datang ke Malaysia khusus untuk berjumpa dengan Najib.

Mahkamah Rayuan pada 2013 membebaskan Sirul dan Ketua Inspektor Azilah Hadri, mengatakan Hakim Datuk Mohd Zaki Yasin membuat kesilapan yang serius dalam perbicaraan termasuk dengan tidak memanggil Musa.

Panel tiga hakim mahkamah rayuan itu berkata kegagalan meletakkan Musa di kandang saksi penting bagi pihak pendakwaan untuk merungkaikan jalan cerita kes itu.

Pada 13 Januari, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria menghukum mereka ke tali gantung, membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan.





##


Lagi mengarut orang yang  konon kononnya  tak terlibat kes ini bolih berkata "mengarut".?Dari mana datang pengetahuan mengatakan ia "mengarut"?kalau tak besalah tak perlu takut

Bangkai gajah macam mana  tutup pun  ianya tetap berbau juga...jangan bagi alasan tak munasah dan berselindung di sebalik mahkamah dunia...masih tampak busuknya...di hari akhirat  pasti di telanjangi ...mana mau lari pak menteri arrr....!!!

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI