bayi terselamat dari tercampak dalam gaung



SEDUTAN rakaman kamera keselamatan ini menunjukkan Mehmet (dalam bulatan) menahan sebuah kereta sorong bayi daripada jatuh ke dalam gaung di satu kawasan di Bodrum, Turki baru-baru ini.


Mehmet mendukung kanak-kanak yang berjaya diselamatkan selepas kereta sorong yang dinaiki bergerak sendiri dan hampir terjatuh di dalam gaung.


BODRUM, Turki – Satu rakaman video memaparkan aksi seorang lelaki menyelamatkan seorang kanak-kanak daripada maut selepas kereta sorong bayi yang dinaiki mangsa hampir terhumban ke dalam gaung sedalam 15 meter.

Rakaman daripada kamera keselamatan di satu kawasan bukit di sini itu memaparkan seorang lelaki, Mehmet Soysal sedang bercakap menggunakan telefon bimbit sebelum sebuah kereta sorong bayi yang membawa kanak-kanak berusia dua tahun tersebut tiba-tiba lalu di hadapannya.

Mehmet kemudian dilihat mencampak telefon bimbitnya dan terus berlari sebelum menangkap kereta sorong berkenaan yang hampir terjatuh ke dalam gaung berkenaan.

Ibu kanak-kanak itu, Cansu Sahin berkata, dia melepaskan kereta sorong bayi itu sebentar kerana mahu bercakap dengan suaminya dan tidak menyedari kereta sorong itu tiba-tiba bergerak dengan sendirinya.

“Saya dan suami cuba mengejar kereta sorong bayi berkenaan tetapi tidak sempat kerana terlalu laju.

“Mehmet adalah wira kami kerana anak saya mungkin terbunuh sekiranya dia terjatuh di dalam gaung yang dalam itu,” katanya.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI