seni besi karat
LEMBU digelar ‘Fifth Cow’ bernilai £6,500 (RM35,000).
AYAM serama dinamakan ‘Colourful Bantam’ dijual dengan harga £4,650 (RM25,000).
BURUNG ‘Feeding Ibis’ ini bernilai £4,950 (RM27,000).
Kalau sudah kreatif, ada saja yang mampu diciptakan biarpun hanya menggunakan 'besi karat'.
Begitulah artis James Corbett, 53, yang menghasilkan pelbagai arca berbentuk haiwan dengan mengimpal komponen daripada kereta lama.
Tidak kira apa pun bahagian kenderaan digunakan, Corbett yang berasal dari Brisbane, Australia mampu mengubahnya menjadi bentuk yang sangat realistik seperti arnab, ayam, malah cheetah.
Setiap arca mengambil sehingÂga tiga minggu untuk disiapkan dan memerlukan penelitian terperinci subjek ditiru sebelum Corbett mula bekerja.
Hobi peliknya bermula pada 1998 selepas satu arca ciptaannya dijadikan perhiasan kedainya dan tanpa diduga menarik minat pembeli sehingga dia mula mendapat lebih ramai pelanggan.
Terbaru, hasil karyanya kini dipamerkan di Galeri John Davies di Moreton-in-Marsh,
Gloucestershire, England dengan setiap arca turut dijual antara £3,000 (RM16,000) untuk weasel hingga £14,500 (RM79,000) bagi babi hutan.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI