parlimen thailand undi dakwa Yingluck...parlimen malaysia...?...goyang teloq dalam seluaq...?



BANGKOK – Parlimen Thailand yang dikuasai pemerintah junta mengundi untuk mendakwa bekas Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra (gambar) semalam.

Beberapa jam sebelum itu, pihak pendakwa raya turut mengumumkan rancangan untuk mendakwa wanita itu kerana rasuah.

Keputusan tersebut bermakna Yingluck yang merupakan Perdana Menteri wanita pertama Thailand dan juga adik kepada bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra secara automatik dilarang bergiat dalam politik selama lima tahun, manakala dakwaan jenayah terhadapnya boleh menyebabkan Yingluck dipenjara sehingga satu dekad.

Sebelum ini pihak pendakwa raya mengambil masa berbulan-bulan untuk memutuskan sama ada Yingluck patut berdepan dakwaan jenayah berhubung kecuaian beliau menguruskan skim subsidi pembelian beras oleh kerajaan.

“Kami bersetuju bahawa Yingluck wajar didakwa kerana kes tersebut,” kata Ketua Pengarah di Pejabat Peguam Negara, Surasak Threerattrakul.

Beliau memberitahu, bahawa bekas Perdana Menteri itu akan didakwa pada Mac depan.

Mengulas perkembangan tersebut, pakar-pakar bagaimanapun menyatakan, pengundian di Parlimen dan dakwaan jenayah itu sebagai cubaan terbaharu golongan elit diraja dan pihak tentera yang menyokong mereka untuk menghapuskan pengaruh keluarga Shinawatra di Thailand.

Parti politik yang dipimpin keluarga Shinawatra sebelum ini memenangi semua pilihan raya di Thailand sejak tahun 2001.

Yingluck yang lahir pada 21 Jun 1967 merupakan seorang ahli perniagaan dan politik

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI