kerana secawan air warga emas kena kelentong rm 42 ribu



SIAPA sangka hanya berbekalkan satu cawan yang diisi dengan air, seorang lelaki bersama dua rakannya berjaya meyakinkan seorang suri rumah untuk menyerahkan wang simpanan berjumlah RM42,000 kepada mereka.

Menurut laporan akhbar Sinar Harian, kejadian berlaku Isnin lepas di hadapan sebuah klinik di Jalan Kluang, Batu Pahat, selepas seorang wanita berusia 60 tahun didatangi lelaki yang mengaku ‘tabib’.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad, ‘tabib’ berkenaan mengaku mampu mengubati pelbagai jenis penyakit, termasuk penyakit yang dihidapi mangsa.

“Setelah berbual-bual berkaitan penyakit dihidap, dua lagi suspek menghampiri lokasi berkenaan, di mana mereka meyakinkan mangsa yang suspek pertama sememangnya seorang tabib handal.

“Untuk meyakinkan lagi mangsa, suspek pertama menyuruh suspek kedua memasukkan jarinya ke dalam cawan berkenaan, namun air itu tidak berubah warna.

“Tetapi setelah mangsa memasukkan jarinya ke dalam cawan sama, air terbabit berubah menjadi kekuningan lalu suspek memberitahu penyakit mangsa berada di tahap bahaya,” kata Din.

Suspek pertama kemudiannya meyakinkan mangsa bahawa dia memiliki penawar kepada penyakit wanita itu, namun menyatakan harganya mencecah RM50 ribu.

Wanita tersebut bagaimanapun memberitahu dia hanya memiliki RM42 ribu, lantas menyerahkan kesemua wang berkenaan kerana bimbang dengan kesihatannya.

Selepas mendapat wang, suspek pertama dikatakan menghantar mangsa pulang ke rumah dan berjanji mahu menghantar ubat yang dijanjikan secepat mungkin, namun tidak muncul-muncul lagi selepas itu.

Ekoran laporan polis yang diterima, orang ramai yang mengenali suspek (gambar atas) diminta menyalurkan maklumat untuk membolehkan suspek dapat diberkas segera.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI