kes sirul azhar menyamai penjenayah perang...?..heloo kawan..nak mengampu dan menipu berpada padalah...!!!!




KUALA LUMPUR – Bekas komando polis, Sirul Azhar Umar akan ditahan dalam tempoh yang lama di pusat tahanan Australia jika kesnya mempunyai persamaan dengan kisah bekas komander Serbia, Dragan Vasiljkovic.

Vasiljkovic, seorang suspek jenayah perang dipenjarakan selama lebih sembilan tahun kerana bertindak melawan permohonan ekstradisi ke atasnya.

Dia mendakwa tidak akan diberi perlindungan berdasarkan Konvensyen Geneva jika dibawa ke Mahkamah Croatia.

Neil Williams, seorang peguam untuk Kerajaan Australia telah meminta jaminan dari Croatia bahawa Vasiljkovic akan selamat jika dia dibawa untuk dibicarakan di Zagreb.

Media Australia melaporkan Vasiljkovic yang dikehendaki oleh Croatia atas kesalahan jenayah perang ditahan oleh polis Australia di Sydney pada Januari 2006.

Sejak dari itu kerajaan Croatia memohon agar lelaki tersebut yang juga dikenali sebagai Kapten Dragan diekstradisi.

Vasiljkovic sepatutnya menghadapi tiga pertuduhan jenayah perang di Croatia.

Sejak ditahan pada 1996, Vasiljkovic, yang didakwa melakukan jenayah perang pada 1990 ketika bertugas sebagai komander tentera semasa perang Balkan, kekal di dalam sebuah penjara di Australia.

The Australian melaporkan penangguhan proses ekstradisi itu disebabkan permohonan Vasiljkovic untuk mencabar perintah tersebut dan tindakan pihak berkuasa Australia yang melambatkan proses tersebut.

Dalam laporan terbaharunya pada Disember tahun lalu, akhbar tersebut berkata, rayuan terbaharu Vasiljkovic untuk mengetepikan ekstradisi ke Croatia ditolak oleh Mahkamah Persekutuan Australia.

Rayuan terbaharu mengenai perintah ekstradisi ke atas dirinya tertumpu kepada kelewatan undang-undang dalam kes beliau, isu berkaitan Konvensyen Geneva, dan pertikaian terhadap ketelusan prosedur.

Bekas komander berusia 60 tahun yang dilahirkan di Belgrade itu, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan jenayah perang dan mencabar perintah ekstradisi sejak dia ditahan pada 2006.

Selepas permohonan untuk mencabar permintaan Croatia itu, bekas Menteri Dalam Negeri, Jason Clare meluluskan ekstradisinya pada November 2012.

Menurut indikmen yang dikeluarkan Mahkamah Wilayah Croatia, Vasiljkovic didakwa menyeksa tawanan perang, memerintahkan pembunuhan tawanan perang dan serangan ke atas perkampungan Glina sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan orang awam.

Sementara itu, sumber mengakui kes Sirul mungkin perlu melalui proses yang sama seperti Vasiljkovic.

“Proses ekstradisi agak kompleks walaupun selepas negara yang membenarkan proses tersebut bersetuju dengan permintaan berkenaan.

“Memandangkan dia sedang menghadapi hukuman mati sebaik sahaja kembali ke Malaysia, Australia mungkin tidak akan mengekstradisi Sirul melainkan Malaysia boleh meyakinkan beliau,” kata sumber itu. – mStar Online



##


macam mana nak sama...sirul tu pergi berperang macam penjenayah perang tu ke...ada ke dia siksa tawanan perang...siksa tawanan penjenayah najib  bernama altantuya ada la..!!!

setahu wa...si sirul bukan serupa  penjenayah perang pun  ...dia jadi penjenayah kambing hitam  najib altantuya...ini semua taktik memperbodohkan  rakyat malaysia

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI