kepala haiwan misteri di dalam tin tuna



SATU kepala kecil yang mempunyai dua mata ditemui di dalam tuna yang dibeli Butler.

NOTTINGHAM, Britain – Seorang wanita terkejut apabila menemui satu kepala haiwan misteri yang lengkap dengan dua mata di dalam satu tin tuna yang dibelinya di sebuah pasar raya di sini baru-baru ini.

Wanita tersebut, Zoe Butler, 28, berkata, dia membuka satu tin tuna bagi membuat sandwic untuk anak-anaknya dan terkejut melihat satu objek ganjil berbentuk bulat di dalam tin berkenaan.

“Apabila saya membuka tin tuna itu, saya melihat ada satu objek berwarna ungu dan berbentuk bulat di dalamnya sebelum mengambil sudu untuk meneliti objek tersebut dengan teliti.

“Selepas mengambil objek berkenaan saya terkejut dan menjerit apabila melihat ia menyerupai kepala haiwan kecil dan matanya seolah-olah sedang memandang saya,” katanya.

Menurutnya, dia merakam gambar objek berkenaan dan telah menghantar aduan kepada syarikat pengeluar tuna tersebut untuk tindakan lanjut.

“Saya tidak menunjukkan objek berkenaan kepada anak-anak saya kerana bimbang mereka tidak mahu makan tuna lagi selepas itu,” jelasnya.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI