daif hidup di bangladesh...sampah jadi rezeki...pun ada minah melayu tergila gila jantan bangla



KANAK-KANAK ini tersengih sambil memegang rangka televisyen mereka kutip.



ASAP pembakaran sisa sampah memberi kesan kepada paru-paru mereka yang tinggal dan bekerja di situ.



SAMPAH yang boleh dijual semula dibawa pulang.



SEORANG lelaki berkaki ayam meredak tapak pembuangan sampah di Sylhet



SEORANG kanak-kanak perempuan membawa pulang sayur yang dikutip di tapak pelupusan sampah.

Kanak-kanak tersenyum ketika menonton televisyen adalah perkara biasa, lebih-lebih lagi ketika mereka menonton program kegemaran mereka.

Tetapi lain pula cerita kanak-kanak ini yang cukup gembira dapat mengutip rangka televisyen rosak di tempat pembuangan sampah.

Inilah sebahagian daripada kanak-kanak yang tinggal dan bekerja di tapak pelupusan di Sylhet, antara bandar terkaya Bangladesh, demi mencari nafkah dengan mengutip sisa orang lain, termasuk sisa perubatan.

Di sebalik senyuman yang terukir pada wajah merekam terlindung kepayahan hidup yng mereka perlu harung apabila terpaksa berdepan bahaya selama berjam-jam untuk mendapatkan sesuap nasi.

Meskipun banyak hotel ala Barat, pusat beli-belah dan kawasan perumahan mewah, masih ada penduduk yang terpaksa mengutip sisa sampah semata-mata mahu meneruskan kehidupan.

Mereka menyelongkar timbunan sampah untuk mencari barangan isi rumah yang boleh dijual semula di pasaran- dan makanan untuk diberi kepada keluarga mereka.

Ramai dalam kalangan mereka yang duduk di tengah timbunan sampah tanpa kasut atau hanya memakai sandal, dan tidak mengguna sarung tangan.

Menurut Global Alliance of Waste Pickers, kitar semula ialah industri yang paling menguntungkan di Bangladesh, dengan hampir 200 kilang memproses botol plastik untuk dieksport ke China dan Thailand.

Dipercayai hampir 100,000 penduduk di Dhaka bekerja sebagai pengutip sampah dan kebanyakan mereka tidak boleh membaca atau menulis, tetapi bekerja keras untuk mendapatkan wang.

Ada dalam kalangan mereka memperoleh sekitar £1 (RM5.50) dan £1.50 (RM8.20) sehari selepas menyelongkar timbungan sampah selama 20 jam.
Bagi kanak-kanak itu, mereka adalah sebahagian daripada jutaan kanak-kanak Bangladesh yang kekurangan nutrisi.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI