beruk band...Internet ‘High Speed’ tapi bagai ‘Kencing Tak Lawas’...!








SEKADAR indah khabar dari rupa, hari ini kita  nak bercerita pasal Unifi.

Anda mesti mengenali Unifi bukan? Kalau kurang jelas, ia adalah teknologi fiber optic yang memberikan pengguna kelajuan internet berkelajuan tinggi.

Apa pun, kita  nak bagi tahu perasaan teramat bosan dengan perkhidmatan Unifi yang boleh dikategorikan bagai ‘kencing tak lawas’.

Mana taknya, sejak dari minggu lepas lagi line internet di ofis kami asyik terputus dan menunjukkan kadar ‘Ping’ yang tinggi mencecah 2000 ms, istilah IT yang menunjukkan internet tidak mendapat penyambungan yang kuat.

Hari ini pula sejak pagi tadi lagi, status sama sahaja dipaparkan sejak berjam-jam.

Rasa hendak dihempaskan saja router dan moderm tu, tapi tak pasal-pasal kena bayar ganti rugi pula nanti. Jadi alternatifnya, seperti biasa kami pun buatlah laporan kepada pihak Unifi.

“Tekan 1 untuk bahasa Inggeris, tekan 2 untuk bahasa Melayu ….”

Itulah ayat yang biasa digunakan oleh operator apabila anda menghubungi talian bebas Tol TM yang memakan masa sehingga dua puluh minit, itu pun belum tentu berpeluang berkomunikasi dengan manusia, setakat mendengar rakaman mesin bercakap tak habis-habis.

Kemudian, ketika nombor talian bebas tol TM berjaya dihubungi, operator pun menyambut panggilan dengan nada suara baik sekali.

“Encik, memang dari sini, saya lihat kadar connection tidak menentu. Technician kami akan datang dalam tempoh 24 jam,” jawab petugas perkhidmatan pelanggan.

Nasib baik, layanan diberikan operator TM agak memuaskan walaupun hati tengah ‘panas’ waktu dapat bercakap dengan beliau.

Maka pada pukul 4.30 petang tadi, datanglah kakitangan teknikal Unifi ke pejabat kami untuk membuat kerja-kerja baik pulih.

Tapi tak lama selepas mereka beredar… internet kembali menjadi ‘kencing tidak lawas’!!!

Haih, apa sudah jadi dengan teknologi Fiber Optic yang kononnya menjanjikan kadar kelajuan internet tinggi sangat tuu?

Router dah tukar, moderm juga dah tukar.. tetapi line Internet hingga sekarang masih tak stabil.

Kepada TM, pihak anda perlulah membuat sesuatu, sebabnya dalam iklan komersial anda, gebang sana sini bukan main lagi… Internet berkelajuan tinggi katanya tapi service korang ni memang sangat-sangat teruk.

Maaf ya tapi boleh dikatakan kadar connection Unifi lebih teruk daripada beberapa pesaing anda, bukan kami suka hati hendak kondem TM tapi pihak atasan silalah lakukan sesuatu.

Kami warga kerja Mynewshub ingin meminta maaf sekiranya artikel ini menyinggung mana-mana pihak terlibat.

Apa pun, boleh dikatakan hari ini kadar berita di sini tidaklah sebegitu ‘produktif’ disebabkan Internet ‘kencing tak lawas’ dan lebih teruk lagi, tak pasal-pasal  terpaksa balik lewat sebab nak masukkan satu-satu entry memakan masa saaaangat lama!

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI