gaji tak memadai dengan harga rumah yang mencanak tinggi



Kadar kelayakan baru Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia yang berkuat kuasa pada 1 Januari lalu dilihat baik untuk memudahkan kakitangan awam memiliki rumah namun ia tidak selari dengan gaji hakiki mereka ditambah pula dengan pasaran harga rumah tempatan yang sedang melambung tinggi pada masa kini.

Keupayaan gaji kakitangan awam masa kini dilihat tidak mampu mencapai tahap kelayakan pinjaman yang sesuai dengan harga rumah semasa terutama jika lokasi kediaman terletak di kawasan bandar utama.

Kerajaan perlu memastikan gaji kakitangan awam dan kadar kelayakan pinjaman selari dengan pasaran harga rumah semasa di samping mengawal kenaikan harga rumah supaya lebih ramai penjawat dan orang awam memiliki kediaman sendiri terutama ketika negara sedang berusaha mencapai taraf negara maju menjelang 2020.

Secara relatifnya kadar kelayakan baru itu dilihat baik untuk penjawat awam terutama ketika peningkatan harga rumah sejak kebelakangan ini di mana peningkatan itu sendiri datang daripada permintaan Cuepacs yang meminta kerajaan mengkaji balik kadar terbabit.

Kita menyarankan kerajaan supaya mewujudkan dasar lebih kukuh untuk mengawal peningkatan harga rumah melalui pemilikan bank tanah di kawasan strategik, sekali gus membolehkan orang ramai termasuk penjawat awam memiliki kemudahan terbaik untuk membeli kediaman masing-masing.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI