anak pungut ayah mabuk



CHINA – Baru berusia tujuh tahun namun Jun Yu sudah menjadi `pemandu teksi’ kepada bapanya yang sering mabuk.

Dia akan memandu kereta tiga tayar untuk mengambil bapanya itu sejauh 20 kilometer selepas diarahkan oleh ibunya, setiap kali lelaki itu tidak sedarkan diri.

Namun kali ini nasibnya tidak baik apabila kelibat Jun Yu membawa kenderaan itu telah dirakamkan di Yizhou dan ia tersebar di media sosial.

Susulan itu bapanya menerima kecaman ramai tetapi ramai juga yang memuji kecekapan Jun Yu memandu meskipun baru berusia tujuh tahun.

Polis juga telah dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan dan tindakan susulan akan diambil.

“Kita telah bercakap dengan ibu bapanya dan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan ke atas mereka kerana membenarkan kanak-kanak itu memandu kereta.

“Dia memandu sejauh 20 kilometer semata-mata untuk mengambil bapanya yang mabuk selepas minum bersama dengan rakan sekerjanya,’’ kata seorang anggota polis.

Menurut jiran mereka, ini bukan kali pertama Jun Yu berbuat demikian malah acap kali bapanya mabuk, dialah pemandu teksi untuk lelaki itu dengan mengambilnya dan membawa pulang bapanya itu ke rumah.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI