Pengsan, pitam, menjerit, sugul dan menangis.
Itu reaksi waris dan anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di Pusat Krisis Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di Surabaya sebaik sahaja pihak berkuasa Indonesia mengesahkan penemuan beberapa serpihan pesawat itu dan mayat di Laut Jawa petang Selasa.
"Kami sentiasa berdoa keselamatannya tapi maut itu di mana-mana sahajakan," kata bapa Hairunnisa, 22, pramugari pesawat itu.
Media Indonesia dan antarabangsa melaporkan Pasukan Mencari dan Menyelamat Indonesia (Basarnas) sudah mengesan enam mayat dalam pencarian pesawat hilang itu di sekitar Selat Karimata, dekat Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah pada petang Selasa.
Pasukan itu dilaporkan sudah mengesan banyak serpihan terapung di laut dalam lingkungan lima kilometer antaranya pintu kecemasan dan jaket keselamatan.
Pesawat Airbus 320-200 itu yang membawa 162 penumpang dan anak kapal berlepas dari Surabaya pada 5.35 pagi Ahad dan sepatutnya tiba di Singapura pada 8.20 pagi tetapi terputus hubungan dengan menara kawalan udara Indonesia pada 7.24 pagi.
##
Al-fatihah untuk yang berugama islam...ameen
Home
/
air asia
/
air asia Airbus A320-200
/
indonesia
/
luar negara
/
sah
/
serpihan
/
tidak senasib mh 370...akhirnya penantian terjawab...serpihan di temui disahkan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501...ada waris yang pengsan
-
Blogger Comment
-
Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI