gempar...corak pelik di ladang barli

BANDAR RAYA MEXICO – Penduduk di bandar Texcoco dekat sini gempar selepas beberapa corak aneh dikesan terbentuk di sebuah ladang barli baru-baru ini.

Ramai penduduk percaya bentuk aneh yang disedari seorang penduduk pada awal pagi Krismas lalu itu adalah kesan sebuah kapal makhluk asing yang mendarat di ladang tersebut.

Sehari sebelum penemuan itu, beberapa penduduk tempatan mendakwa melihat satu objek terbang tidak dikenali (UFO) berlegar-legar berhampiran kawasan berkenaan.

Sebuah akhbar tempatan melaporkan, seorang daripada penduduk itu mendakwa melihat UFO bercahaya terbang di kawasan berkenaan pada waktu malam sebelum bentuk aneh itu dikesan di ladang barli tersebut.

“Saya terkejut apabila melihat corak aneh di ladang barli itu dan terus membuat laporan polis kerana bimbang ia mungkin kesan daripada pendaratan kapal makhluk asing,” katanya.

Bagaimanapun, beberapa pakar beranggapan corak itu mungkin perbuatan manusia atau kesan daripada cuaca buruk yang melanda kawasan berkenaan



SEKUMPULAN penduduk di bandar Texcoco di Mexico melihat corak pelik yang terbentuk di sebuah ladang barli baru-baru ini.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI