lelong harta rampaan di ebay

LONDON – Jabatan polis daerah Leicestershire dekat sini menjadi pihak berkuasa pertama di Britain yang menjual pelbagai harta yang dirampas daripada penjenayah di laman lelongan, eBay.

Jabatan polis tersebut mula melelong pelbagai barangan milik penjenayah termasuk barang kemas, jam tangan Rolex dan kereta mewah di eBay sejak tahun 2009.



WENLOCK menunjukkan rantai emas dan beberapa jam Rolex yang dirampas kerana diperolehi melalui aktiviti haram.

Pengarah unit jenayah ekonomi Jabatan Polis Leicestershire, Paul Wenlock berkata, lelongan melalui eBay sangat berjaya kerana pihaknya berjaya menjual pelbagai barangan dengan harga yang tinggi.

Katanya, semua barangan itu dirampas kerana dibeli menggunakan wang yang diperoleh daripada pelbagai aktiviti jenayah termasuk pengedaran dadah.

“Lelongan di eBay memberi kami lebih dana untuk program mencegah jenayah dan pada masa yang sama, ia memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak terlibat dengan aktiviti yang menyalahi undang-undang.

“Wang yang kami peroleh akan digunakan semula untuk membeli peralatan di jabatan polis dan disumbang kepada agensi pencegahan jenayah yang lain,” katanya.


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI