resepi maggi + tom yam kambing



BAHAN-BAHANNYA :-)

1 paket mi maggi tomyam, asingkan perencahnya
4 - 5 ketul daging kambing, dicuci bersih*
1 batang serai, diketuk*
3 ulas bawang putih, diketuk*
1/2 inci halia, hiris*
3 keping hirisan lengkuas*
Air secukupnya (anggaran 2 liter)*(*rebus hingga daging kambing empuk)
4 biji bawang merah kecil. hiris
1 ulas bawang putih, hiris
6 biji cili padi kampung, diketuk
1 helai daun limau purut
3 kuntum cendawan butang, hiris
4 biji tomato ceri, belah 2 setiap 1
1 biji limau kasturi, belah 2
Hirisan daun ketumbar, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

Panaskan 1 camca besar minyak dalam periuk atau kuali, tumis bawang putih, bawang merah dan cili padi hingga harum, kemudian masukkan air rebusan daging kambing (dalam 3 cawan). Kacau dan tambah perencah tomyam yang disertakan dalam paket maggi tadi.

Kacau rata dan biar mendidih.

Tambah daun limau purut dan daging kambing rebus tadi. Masukkan cendawan dan mi. Masak hingga maggi lembut.

Tambah tomato, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun ketumbar, bawang goreng dan perahkan jus limau kasturi sebelum dihidangkan.

## Rebus daging kambing dalam periuk tekanan dan mengambil masa kurang lebih 20 minit. Sebab        rebus dalam periuk tekanan, hanya gunakan 4 cawan air...Selamat mencuba!.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI