resepi cendawan goreng spesial ( +serbuk roti )




BAHAN-BAHANNYA :-)

300 gram cendawan tiram
3 putih telur*
Sedikit garam*
1/2 camca teh lada sulah*(*disatukan dan kacau rata)
Serbuk roti secukupnya (che mat guna yang kaler oren)
Sos kegemaran anda (che mat guna sos thousand island)

CARA MEMBUATNYA :-)

Cendawan tiram dilap setiap satu dengan tissue dapur bersih yang telah dilembapkan. Ketepikan. Sedia kan bekas, panaskan minyak untuk goreng terendam, pastikan minyak tidak terlalu panas.

Ambil sekeping cendawan (kalau besar, anda boleh potong dua). Celup dalam putih telur, kemudian golek2kan dengan serbuk roti. Celup sekali lagi dalam putih telur dan golekkan sekali lagi dengan serbuk roti. Letak dalam satu bekas.

Buat hingga siap.

Goreng cendawan tadi hingga kuning keemasan. Angkat, toskan minyaknya dan letak atas tissue dapur agar lebihan minyak terserap. Hidangkan panas bersama sos kegemaran anda..

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI