bergurau ada bom seorang doktor di denda AS 90 000



TALLAHASSEE, Amerika Syarikat – Seorang doktor didenda AS$90,000 (RM308,160) selepas bergurau membawa bom di dalam bagasi miliknya di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami dalam negeri Florida baru-baru ini.

Gurauan yang dibuat doktor tersebut, Manuel Alvarado, 60, menyebabkan lapangan terbang itu terpaksa dikosongkan dan beberapa penerba­ngan tergendala.

Pasukan skuad pemusnah bom juga terpaksa dipanggil untuk membuat pemeriksaan di lapangan terbang itu bagi memastikan ia benar-benar selamat.

Alvarado bergurau dengan seorang pegawai keselamatan ketika pemeriksaan bahawa dia membawa bom jenis C-4 dalam bagasi miliknya.

Walaupun Alvarado memberitahu, dia hanya bergurau tetapi pegawai berkenaan tetap mengambil serius perkara itu dan terus melaporkan kepada pihak berkuasa.

“Tertuduh sangat menyesal dengan gurauan itu dan tidak berniat untuk menimbulkan ketakutan kepada orang ramai,” kata peguam Alvarado, Brian Bieber.

Ujarnya, Alvarado yang ditahan selepas kejadian itu telah dibenarkan pulang ke rumah selepas dia membayar denda tersebut


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI