resepi gulai kambing




BAHAN-BAHANNYA :-)

600 gram daging kambing
3 biji kentang
15 biji tomato ceri
3 camca besar rempah kari daging (Baba's)
1 1/2 camca besar rempah kurma (Baba's)
1 camca teh mustard powder (kalau takde tak perlu letak)
2 camca besar cili kisar
1 camca besar sos cili JALEN
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)

1 biji bawang besar
3 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 batang serai, hiris halus

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)

4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 tangkai daun kari, dilurut
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)

Daging kambing dipotong pada saiz sederhana. Gaul dengan 2 camca besar tepung gandum hingga rata dan perap 15 minit, kemudian cuci hingga bersih dan toskan. Kentang dikupas dan belah 4 setiap

Rendam. Bancuh bahan2 kisar halus bersama rempah kari, rempah kurma dan mustard powder hingga menjadi pes (tambah sedikit air jika perlu). Ketepikan sebentar...

Panaskan minyak dalam periuk, anggaran 1/3 cawan atau lebih sedikit. Masukkan bahan2 tumis dan tumis hingga harum dan bawang perang. Tambah cili kisar dan sos cili, masak hingga garing. Masukkan bancuhan pes rempah, kacau rata dan masak hingga naik minyak, guna api kecil dan kacau selalu.

Masukkan daging kambing, gaul rata dan masak sekejap hingga daging kecut. Tuang santan cair, kacau rata dan masak hingga daging 3/4 empuk, tambah air jika perlu. Masukkan kentang (toskan) dan masak hingga kentang empuk.

Masukkan asam gelugor, pati santan dan  perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak dengan api sederhana hingga mendidih, kacau selalu. Akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap dan rasa. Jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, nasi minyak atau nasi beriani dan sebagainya..

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI