rakyat semakin di bodohkan ( melayu bodoh kata mahathir ).inilah padahnya memilih lagi pemimpin munafik untuk sedia di bodohkan....!!!



akta hasutan di wujudkan semula untuk selamat  kan  anjing anjing diatas  ini dan kroni  kroni  BN sambil menindas pihak pembangkang supaya  tutup mulut


masa nak pru 13 ...musim  tabur gula gula  untuk menipu rakuyat



PM mansuh Akta Hasutan, gubal Akta Keharmonian Nasional






KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengumumkan Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan, dan digantikan dengan akta baru, yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.

Beliau berkata demikian pada majlis makan malam Jabatan Peguam Negara malam ini.

"Dengan adanya akta baharu ini, kita akan lebih bersedia untuk menguruskan tahap kesilapan negara. Ia juga akan membantu mengukuhkan dan melindungi perpaduan negara serta memupuk keharmonian agama," katanya pada majlis makan malam Jabatan Peguam Negara bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.

Najib berkata, tanpa keseimbangan yang ideal, ia mungkin merencatkan hak bersuara yang dijamin Perlembagaan Persekutuan, menumpulkan daya kreativiti serta sifat inovatif atau membebaskan semangat cauvinisme dan ekstremisme.

Katanya, keseimbangan itu perlu dicapai dalam persekitaran masyarakat yang lebih terbuka dengan akses kepada maklumat yang boleh menyebabkan limpahan maklumat, taraf pendidikan dan sosioekonomi yang semakin tinggi serta tahap harapan yang semakin meningkat.

"Peruntukan yang dicadangkan dalam Akta Keharmonian Nasional ini akan memberi penekanan kepada pemupukan semangat harmoni dan saling menghormati dalam masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama," katanya.

Beliau berkata, rang undang-undang baharu itu akan bersifat lebih spesifik dan membolehkan kerajaan bertindak terhadap mana-mana pihak yang menggunakan isu-isu sensitif untuk memecahbelahkan perpaduan nasional.

Perdana Menteri berkata, kerajaan akan memastikan peruntukan akta itu tidak akan menjejaskan kuasa untuk menangani perbuatan seperti mendatangkan
kebencian dan penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia kepada Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Raja.

Ia juga meliputi perbuatan untuk menimbulkan permusuhan antara kaum dan mempersoal apa-apa hak, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang dilindungi dalam Perlembagaan.

"Sebelum menggubal rang undang-undang Keharmonian Nasional ini kerajaan ingin menjemput pandangan dan pendapat rakyat Malaysia sama ada individu mahupun pertubuhan mengenai perkara yang perlu ditangani dalam merangka perundangan ini.

"Jabatan Peguam Negara telah ditugaskan sebagai agensi yang bertanggungjawab untuk mendapat sudut pandangan semua 'stakeholder' (pihak berkepentingan)," katanya.

Najib berkata, kerajaan sedar ada pihak menganggap Akta Hasutan sebagai alat untuk merencatkan tindakan dan pandangan yang tidak sealiran dengan kerajaan, namun menegaskan anggapan itu tidak berasas sama sekali.

"Lantaran itu, peruntukan baharu ini tidak akan menghalang rakyat untuk mengkritik kerajaan dan pentadbiran keadilan. Sebarang perbuatan menghina
mahkamah akan dikendalikan sendiri oleh pihak kehakiman melalui peruntukan di dalam Kaedah-Kaedah Mahkamah sedia ada," katanya.

Dalam pada itu, Najib juga berkata, kerjaan mengambil keputusan menguatkuasakan serta-merta semua akta baharu dan pindaan terhadap akta-akta
sedia ada yang yang diumumkan dalam Pelan Transformasi Politik termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas), Akta Mesin Cetak dan Penerbitan serta Akta Universiti dan Kolej Universiti.

"Melalui pemansuhan dan penggubalan rang undang-undang yang sedang berjalan, kerajaan mahu memastikan ruang demokratik yang mencukupi disediakan untuk perbezaan pendapat serta persaingan idea.

"Pucuk pangkalnya, kita mahu mencipta sebuah Malaysia yang mana prinsip hak asasi manusia dijunjung, kebebasan individu untuk menyatakan pendapat secara terbuka diraikan, seraya kepentingan individu dan komuniti diimbangi," katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata Jabatan Peguam Negara boleh diibaratkan sebagai kompas yang memberi petunjuk bagi memastikan prinsip
keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang sentiasa dijunjung.

"Saya amat berbangga kerana warga Jabatan Peguam Negara tidak pernah leka dengan sanjungan dan pujian serta tidak melatah setiap kali diasak dengan tohmahan dan fitnah," katanya. - Bernama




masa lepas pru 13  dan berjaya menipu rakyat  dan orang melayu  yang di bodohkan ( kata madey )




Tiada Agenda Tersembunyi Kekalkan Akta Hasutan - PM




KUALA LUMPUR: Keputusan untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948 bukan kunci Barisan Nasional (BN) terus kekal berkuasa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad.
Najib yang juga Pengerusi BN berkata, kerajaan tidak mempunyai agenda tertentu apabila memutuskan untuk mengekalkan akta tersebut kerana sesebuah kerajaan itu dipilih oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

"Akhirnya kita menyedari bahawa BN tidak bergantung kepada akta tersebut untuk kekal berkuasa tetapi rakyat Malaysia memilih sesebuah kerajaan," katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Parti Progresif Penduduk (PPP) ke-61, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra ( PWTC ) di sini, Ahad.

Turut hadir, Presiden PPP, Tan Sri M Kayveas.

Pada Khamis, Najib yang juga Presiden Umno memutuskan akta itu  dikekalkan bertujuan melindungi agama Islam dan agama lain serta mendakwa mereka yang menghasut Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia.

Najib memberitahu audiens bahawa survival BN terletak di tangan rakyat Malaysia.

"Akta ini tidak boleh memastikan Barisan Nasional dipilih semula pada pilihan raya akan datang. Hanya kehendak dan sokongan rakyat boleh memastikan bahawa BN kekal berkuasa," katanya.

Pada Khamis, Najib, yang juga Presiden Umno, mengumumkan pada Perhimpunan Agung Umno 2014 bahawa Akta Hasutan dikekalkan dengan cadangan pindaan untuk memasukkan dua peruntukan khas bagi menguatkan dan memperkukuhkannya agar relevan dengan perkembangan zaman.

Pada majlis yang berlangsung Ahad , beliau berkata, adalah penting untuk mengekalkan Akta Hasutan bagi mengelak konflik dan pertelingkahan antara pelbagai kaum dan kumpulan agama di negara ini.

"Seperti yang anda tahu, malah negara-negara maju tidak kebal kepada ketegangan kaum dan agama," katanya, merujuk kepada rusuhan kaum di London beberapa tahun lalu dan gangguan awam sejak beberapa hari lepas berpunca kejadian seorang remaja berkulit hitam yang tidak bersenjata ditembak mati di bandar Ferguson, Missouri.

Beliau mengingatkan bahawa masalah yang sama boleh berlaku di Malaysia dan jika perkara itu berlaku, apa yang telah dibina sejak negara mencapai kemerdekaan akan musnah dalam sekelip mata.

"Kita tidak boleh membiarkan kejadian itu berlaku di sini," kata Najib.

Sementara itu, Najib yang juga presiden BN menggariskan kesederhanaan, keseimbangan, kecemerlangan dan keadilan sosial sebagai empat teras yang perlu diterapkan sebagai usaha penyatuan dalam kalangan parti komponen BN khususnya dan rakyat amnya.

"Kesederhanaan bermaksud kita mesti berusaha mencapai kecemerlangan dan dalam masa yang sama kita mesti memastikan bahawa dasar-dasar kita adalah inklusif kepada semua rakyat Malaysia," katanya.

Terdahulu, Kayveas dalam ucapan dasarnya melahirkan sokongan penuh terhadap keputusan Najib untuk mengekalkan Akta Hasutan yang menurutnya mampu menjamin keamanaan negara dan perpaduan antara kaum di Malaysia.

Perhimpunan sehari itu dihadiri 3,000 perwakilan PPP dan pemerhati dari seluruh negara.

Perwakilan akan memilih enam calon bagi jawatan Naib Presiden dan 20 Anggota Majlis Tertinggi PPP yang mana keputusannya dijangka diumumkan lewat petang ini.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI