presiden obama bazirkan duit pembayar cukai rakyatnya untuk perangi gerakan islam
7:54 PG
amerika syarikat
,
bazir
,
duit
,
luar negara
,
pejuang negara islam ( ISIL )
,
pembayar cukai
Edit
WASHINGTON – Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) semakin hampir meluluskan peruntukan berjumlah AS$585 bilion (RM2.01 trilion) di bawah rang undang-undang dasar pertahanan yang memberi kuasa kepada Presiden Barack Obama untuk meluaskan operasi memerangi kumpulan pejuang Islam termasuk Islamic State (IS) di Iraq dan Syria.
Rang undang-undang tersebut meluluskan perbelanjaan pertahanan negara termasuk pembinaan kapal, pesawat dan peralatan perang dan mengekalkan larangan memindahkan suspek gerakan islam dari penjara persekutuan di Teluk Guantanamo, Cuba ke AS.
Kongres yang terdiri daripada Dewan Perwakilan dan Senat dijangka meluluskan rang undang-undang itu pada minggu hadapan sebelum ditandatangani oleh Obama.
Walaupun kedua-dua dewan tersebut dikuasai oleh pembangkang iaitu Parti Republikan, Kongres tidak pernah gagal meluluskan rang undang-undang dasar pertahanan selama 52 tahun berturut-turut.
Rang undang-undang itu menyokong permintaan terbaharu Obama berhubung perang terhadap IS yang kini memasuki bulan keempat. Kumpulan pejuang tersebut menguasai sebahagian besar kawasan di Iraq dan Syria.
Obama meminta dana berbilion-bilion dolar untuk meningkatkan operasi memerangi IS dan menghantar sehingga 1,500 askar tambahan AS bagi tujuan tersebut.
Rang undang-undang tersebut memperuntukkan dana AS$5 bilion (RM17.23 bilion) bagi Obama memerangi pejuang IS di Iraq dan Syria
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI