laporan RCI Sabah sebagai satu sandiwara kerajaan barisan nasional melindungi bekas diktator pengasas projek IC








Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah sebagai  di bidas sebagai  satu sandiwara   "kata-kata kosong untuk membebaskan Putrajaya dari tanggungjawab".

Tanggungjawab melibatkan skandal pendatang haram terbesar di Malaysia terletak di bahu kakitangan awam.

Perancang dan dalang sebenar yang bertanggungjawab membawa masuk pendatang haram daripada Indonesia dan Filipina ke Sabah dibiarkan terlepas daripada hukuman.( bekas diktator  dr M )

Tempoh pendengaran RCI yang terlalu lama pada mulanya menjanjikan keadilan dan hukuman setimpal terhadap rakyat Sabah dan rakyat keseluruhannya.

Malangnya,  hasil laporan setebal 366 muka surat itu mengandungi maklumat tidak bermakna yang hanya membebaskan Putrajaya daripada sebarang kesalahan.

Kita juga mempersoalkan kegagalan laporan RCI menyatakan peranan Majlis Keselamatan Negara dan Jabatan Perdana Menteri, mengatakan walaupun ada bukti kukuh, kesalahan itu tidak pula diletakkan atas beban jabatan lain.

Putrajaya sejak dahulu memang tidak pernah mengakui kesalahannya, dan kita menjangkakan sekurang-kurangnya sedikit kekesalan ditunjukkan diikuti satu azam untuk memperbaiki kesalahan lalu,.

RCI ditubuhkan pada 11 Ogos 2012, sembilan bulan sebelum pilihan raya umum pada May 2013, diketuai Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong.

Sejak hasil siasatannya didedahkan kepada umum Rabu lalu, laporan itu dikritik hebat oleh wakil rakyat pembangkang terutamanya di Sabah.

Pengerusi Parti Reformasi Negeri Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan meluahkan kekecewaannya dengan hasil laporan RCI, menyifatkannya sebagai cubaan "sandiwara" pemerintah menyelamatkan maruahnya dan cuba meredakan kemarahan rakyat Sabah mengenai isu pendatang haram.

Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Wilfred M Bumburing berkata semua kad pengenalan yang diberikan secara haram perlu dirampas semula dan digantukan dengan pas lawatan sementara menunggu siasatan selesai.

Katanya, penjelasan dan alasan RCI mengatakan agak sukar mengesahkan pemegang kad pengenalan palsu itu tidak boleh diterima.






##





Kalau bermotif kewangan yang dilakukan .oleh individu dalam beberapa puluh atau beberapa ratus kes akan terbongkar dan tertangkap. Kalau dilakukan sindiket lepas beberapa ribu kes akan Terbongkar dan tertangkap.

Tapi Kalau melibatkan beratus ribu IC haram dikeluarkan ia adalah amat luar biasa kalau tiada tangan tangan ghaib dengan kuasa politik yang terlibat. Lepas tu Lihat pula berapa nilai sebuat kerakyatan haram ini ? Rm5,000? Rm10,000? Lihat latar belakang rakyat haram tersebut - mampukah mereka?

Berapa pula jumlah Besar Wang Yang terbabit dalam salah satu SKANDAL TERBESAR DI DUNIA ini? Kalau dah sah ada IC haram bermakna ada Rakyat Haram dan ada Pengundi Haram ! Ini adalah salah satu SKANDAL TERBESAR DI DUNIA ini? Kalau dah sah ada IC haram bermakna ada Rakyat Haram dan ada Pengundi Haram !

Takkan kes ini nak dikelaskan sebagai 'No Further Action Required '? Rakyat mahukan jawapan dan Tindakan ! Bukan Cover-up !

kalau ahli panel RCI boleh tipu rakyat , tak ada bezanya dengan hakim 5 panel dalam kes liwat 2 tu. Anwar pasti didapati bersalah.

Apa boleh diharap dari satu lagi RCI yang ditubuhkan oleh kerajaan UMNO, banyak RCI-RCI sebelum ni pun semua sandirawa. Tunggulah bila kerajaan UMNO dah takda baru semua yang tersembunyi disebalik sandiwara akan menjadi real dan wujud, pada masa itu semua penjara di Malaysia akan penuh sesak dengan penjenayah UMNO.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI