nampak jelas nipunya...cubaaan burukkan imej islam...penyerang kafe di australia yang ada rekod jenayah dan sakit mental cuba di kaitkan dengan IS..
8:16 PG
australia
,
fitnah
,
jenayah lampau
,
luar negara
,
pejuang negara islam ( ISIL )
,
sakit mental
,
taksud
Edit
Man Haron Monis
SYDNEY – Seorang individu beragama Islam yang memiliki rekod jenayah, menawan sebilangan pelanggan dan pekerja sebuah kafe di sini sehingga membawa kepada kematian dua orang awam, tidak tersenarai dalam pemerhatian pasukan keselamatan, kata Perdana Menteri Australia, Tony Abbott semalam
“Lelaki bersenjata itu, Man Haron Monis mempunyai masalah mental dan taksub dengan kumpulan militan Islamic State (IS),” kata Abbott.
Man, 49, pernah didakwa kerana menulis surat biadap kepada beberapa keluarga askar Australia yang terbunuh di Afghanistan, menurut laporan tempatan.
Penyerang itu juga dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu perbicaraan kerana bersubahat membunuh bekas isterinya selain 40 kes kelucahan melampau dan serangan seksual berkaitan pekerjaannya sebagai pengamal perubatan tenaga batin.
Apabila ditanya kenapa Man dibenarkan ikat jamin dan tidak berada dalam senarai pemerhatian polis, Abbott berkata: “Itulah soalan yang kami sendiri akan kemukakan dalam mesyuarat jawatankuasa Majlis Keselamatan Negara hari ini (semalam).
“Bagaimana seorang yang mempunyai sejarah hitam sebegitu lama dibiarkan tiada dalam senarai pengawasan pihak berkuasa? Bagaimana juga seorang seperti itu boleh dibiarkan bebas bergerak dalam masyarakat?
“Jika orang ini (Man), orang sakit mental ini berada dalam senarai pengawasan pihak berkuasa dan jika dia dipantau selama 24 jam sehari sekali pun, insiden ini boleh juga terjadi.”
Terdahulu, Ketua Menteri New South Wales, Mike Baird berkata, beliau telah mengarahkan siasatan berhubung bagaimana Man boleh mendapatkan ikat jamin selepas undang-undang ikat jamin di negeri berkenaan dikritik susulan serangan tersebut.
Polis menyerbu kafe Lindt Chocolate di tengah bandar raya ini awal semalam selepas Man menawan sejumlah tebusan selama lebih 16 jam.
Lelaki bersenjata itu yang datang ke Australia sebagai pencari suaka dari Iran pada 1996, terbunuh bersama dua tebusan lain.
Pengurus kafe berkenaan yang berusia 34 tahun mati ketika cuba merampas senapang patah Man apabila penyerang itu kelihatan tertidur sekitar pukul 2 pagi waktu Australia, lapor laman berita news.com.au.
Seorang peguam berumur 38 tahun yang juga ibu kepada tiga orang anak dilaporkan maut semasa cuba melindungi rakannya yang sedang hamil.
Dalam perkembangan sama, seramai enam tebusan melarikan diri dari kafe itu pada pukul 2.10 pagi apabila bunyi tembakan kedengaran disusuli oleh beberapa anggota polis melontar grenad renjatan seterusnya menyerbu premis tersebut.
Bunyi letupan dan tembakan terus didengari selama sekitar 60 saat manakala empat orang telah cedera.
Komisioner Polis New South Wales, Andrew Scipione berkata, pasukan polis melakukan serbuan selepas bunyi tembakan kedengaran di dalam premis itu.
“Polis percaya lebih banyak kematian akan berlaku jika mereka gagal bertindak,” katanya.
Menurut pihak berkuasa, drama tebusan itu berakhir pada pukul 2.30 pagi semalam.
“Warga Australia perlu yakin dengan cara pihak berkuasa dan agensi keselamatan kita bertindak bagi menangani keganasan ini,” kata Abbott.
Drama tebusan itu bermula apabila lelaki bersenjata itu memasuki kafe Lindt Chocolate pagi kelmarin seterusnya memaksa beberapa tebusan membuat rakaman video mengenai tuntutannya.
Media tempatan enggan menyiarkan klip video tersebut semasa drama tebusan itu berlaku, namun rakaman berkenaan mula disiarkan semalam.
Antara tuntutan penyerang termasuk polis membawa bendera IS ke kafe itu, meminta media tempatan menyiarkan kenyataan bahawa dia bertindak bagi pihak kumpulan militan tersebut dan meminta untuk bercakap secara langsung di radio dengan Abbott.
Dalam pada itu, Mufti Besar Australia, Profesor Ibrahim Abu Mohammed dan Majlis Imam Kebangsaan Australia mengeluarkan satu kenyataan bersama mengutuk keras jenayah tersebut serta menegaskan bahawa perbuatan itu dikecam oleh Agama Islam. - dpa
##
biasa lah bila phobia dengan kebangkitan islam ada ada ajer tomahan di lempar untuk memburukkan islam...sedangkan Nabi SAW pernah bersabda bila orang fasik bawa berita ....hati hati lah dan siasat kebenarannya...inikan orang kafir yang bawa berita...memang betul rampasan kafe itu berlaku tetapi ia boleh di tokok tambah demi kepentingan tertentu terutama bagi mereka yang membenci gerakan islam tak kira lah orang kafir atau orang yang mengaku islam tapi lebih percaya dengan berita berita fasik...contohnya tragedi 9 september...orang islam di tuduh dan ia menjadi alasan kuasa besar amerika menceroboh dan menyerang negara negara islam..
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI