hakim lalok penangan pil kuda...kenyataaan hj hadi berunsur fitnah tapi boleh menang kes saman yang di failkan kepadanya

Mahkamah tolak saman fitnah bekas calon PKR




KUALA TERENGGANU - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman fitnah RM2 juta difailkan bekas calon PKR bagi kawasan Dun Bukit Besi Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa turut memerintahkan Mohd Shamsul membayar kos RM10,000 kepada Anggota Parlimen Marang itu.

Peguam yang mewakili Abdul Hadi, Asmuni Awi berkata kepada pemberita, mahkamah menolak saman itu kerana Abdul Hadi selaku defendan diberikan perlindungan bersyarat oleh undang-undang dalam memberikan ucapan ataupun kenyataan atas kepentingan umum.

"Mahkamah mendapati kata-kata yang disebut Abdul Hadi dalam ucapannya pada malam berkenaan adalah sebagai kata-kata yang berunsur fitnah.

"Bagaimanapun, mahkamah memutuskan bahawa kata-kata itu tidak merujuk kepada pihak plaintif ... pihak plaintif gagal membuktikan bahawa apa yang disebutkan itu memang sebenarnya merujuk kepada plaintif," katanya.

Mohd Shamsul selaku plaintif diwakili peguam A.Vasudevan hadir manakala Abdul Hadi tidak hadir pada prosiding mahkamah hari ini.

Kira-kira 100 penyokong Abdul Hadi memenuhi bilik mahkamah hinggakan ada yang terpaksa duduk bersila atas lantai manakala kira-kira 100 lagi penyokongnya berada di perkarangan mahkamah.

Pada 23 Februari lepas, Abdul Hadi diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul selepas gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab atau memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul pada 5 Disember tahun lalu.

Pada 27 Februari lepas, Abdul Hadi memfailkan permohonan bagi mengetepikan perintah penghakiman ingkar itu.

Mohd Shamsul menyaman Abdul Hadi berhubung kenyataannya bahawa ada calon PKR menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum ke-13 tahun lepas sebagai alasan untuk Pas meletakkan calonnya bertanding di Dun Bukit Besi sehingga menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Shamsul mendakwa ucapan Abdul Hadi dalam ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April 2013 telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan. - Bernama



##


Sekalipun bebas daripada tuduhan memfitnah seseorang secara spesifik, tetapi wajarkah seorang Presiden Parti ISLAM SeMalaysia mengeluarkan perkataan yang berunsur fitnah? Dalam kitab apa yang mengizinkan / membolehkan seseorang Islam mengeluarkan perkataan berunsur fitnah?

Fitnah tetap fitnah. Mahkamah dunia lepas, tunggu mahkamah akhirat. Di dunia pun Allah boleh tunjuk.


Ula mak suci boleh buat fitnah. Serban besar boleh pusing-pusing cakap, sebut orang barua bukan maksudnya barua. Alahai nasib rakyat jelata dimain-mainkan puak-puak ostad-ostad dunia. Baik-baiklah pilih ula mak ni ye, jangan salah ikut ula mak dunia, ula mak jahat, ula mak fulus esos. Nasib baik mahkamah kata tak sangkut kat budak PKR tu walau BUAT FITNAH. Mahkamah dunia lepas lah le, tapi ingat mahkamah akhirat ye ula mak taraf dunia tak kira sapa yang dituduh. Tunggulah akan ada macai-macai geng ostad yang akan lagi kasi cuci lagi menyucikan bagi wangi tapi mulut bau busuk macam longkang. Nak buat camna...Betul-betul Ular mak.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI