resepi gulai cili padi tulang rusuk



BAHAN-BAHANNYA :-)

1.2 kg tulang rusuk lembu yang masih ada daging
2-3 batang rebung madu, hiris nipis dan celur,toskan
3 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit disiat
2 keping asam gelugor (kalau saiz besar, guna sekeping)
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)

30 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

CARA MEMBUATNYA :-)

Tulang rusuk lembu dicuci, gaul dengan 1 camca besar tepung gandum dan perap 15 minit, kemudian cuci hingga bersih dan toskan. Ok, ada 2 cara, anda boleh rebus hingga daging pada tulang rusuk tadi empuk, atau boleh masak terus dengan bahan2 kisr halus. Che mat tulis cara che mat masak..

Masukkan tulang rusuk lembu ke dalam periuk bersama bahan2 kisar halus dan serai titik. Gaul rata dan masak hingga mendidih. Tuang santan cair dan masak hingga mendidih. Biar hingga daging lembut, tambah air jika perlu. Masukkan rebung dan masak lagi hingga rebung empuk.

Tambah asam gelugor dan tuang pati santan. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau dan biar mendidih dengan api kecil. Tambah daun kunyit, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI