baju sejuk habis terjual kerana putera raja yang memakainya


GAMBAR rasmi Putera George yang dirakamkan sempena perayaan Krismas tidak lama lagi.


LONDON – Sehelai baju sejuk kanak-kanak keluaran sebuah syarikat di sini habis dijual dalam tempoh beberapa hari selepas pakaian tersebut dilihat dipakai pewaris ketiga takhta diraja Britain, Putera George dalam satu sesi fotografi rasmi baru-baru ini.

Putera George yang berusia 17 bulan merupakan anak kepada pewaris kedua takhta diraja Britain, Putera William dan isterinya, Kate Middleton.

Dalam satu sesi fotografi rasmi sempena Krismas, Putera George dilihat memakai baju sejuk yang dikeluarkan oleh syarikat Cath Kidston.

Syarikat itu dalam satu kenyataan di laman Twitter berkata, mereka tidak tahu Putera George akan memakai baju sejuk tersebut dan mereka berasa sangat teruja.

“Baju ini telah habis dijual tidak lama selepas gambar Putera George itu tersebar.

“Kami akan berbincang dengan pasukan kami untuk mengeluarkan baju sejuk itu lagi dan akan memaklumkan perkembangan terbaharu tidak lama lagi,” katanya


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI