Singa pamer kemahiran ambil gambar

Ia situasi yang luar biasa apabila dua ekor singa tiba-tiba ‘merampas’ kamera seorang pelancong yang terjatuh dan akhirnya mengambil gambar sesama mereka.

Anak singa dan seekor singa jantan berusia tiga tahun, mendekati peralatan kamera kepunyaan seorang pelancong Belgium.

Kamera itu terjatuh daripada kenderaan Land Cruiser yang dinaiki sekumpulan pelancong yang dalam ekspedisi awal pagi.

Kedua haiwan itu terus menerkam sebaik saja kamera itu jatuh ke tanah.

Bukan saja haiwan pemangsa itu berjaya menekan punat kamera, malah anak singa yang kecil itu pula seolah-olah bijak berlagak menjadi model.

Kejadian itu dirakam oleh jurugambar Paul Goldstein di Taman Hidupan Liar di Masai Mara.





About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI