ada yang kena sumpah jadi binatang kang bila hiasi diri berbentuk binatang



MODEL dibenarkan baring sehingga badannya selesai dilukiskan.



WAJAH Lowri dilukis seperti labah-labah.




LABAH-LABAH

Zirafah yang lemah gemalai, pepatung dihiasi pelbagai warna dan labah-labah bersaiz gergasi semuanya tak ubah seperti haiwan biasa, namun jika diteliti lebih dekat, baru nampak tangan atau kaki wanita yang menjadi model untuk lukisan badan menarik ini.

Semuanya hasil kreativiti artis Emma Fay, 27, dengan bantuan dua artis peliang-liuk apabila badan mereka dicat dan dibentukkan sesuai dengan imej haiwan yang ingin dicipta.

Emma yang sebelum ini mengusahakan salun dandanan rambut mula berkecimpung dalam bidang itu sejak tiga tahun lalu.

Setiap satu rekaannya dalam siri 'The Marvels of Nature'-yang turut merangkumi kuda laut, babun mandril, kuda belang dan ketam, mengambil antara empat hingga enam jam untuk disiapkan.

Dua artis peliang-liuk, Beth Sykes dan Lowri Thomas yang memakai leotard terus membentukkan gaya yang diperlukan untuk membolehkan Emma melukiskan tanda asas pada badan mereka sebagai garis panduan ketika melukis.

Ada antara gaya diminta oleh Emma begitu sukar sehingga Beth dan Lowri tidak boleh bertahan lama. Mujur kebanyakan proses melukis dan mewarna boleh dilakukan dengan berbaring selesa. Berbaloi jika dilihat hasil yang sungguh realistik.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI