nasib baik tak jadi robin hood...pengemis aka dermawan...sipi lagi nak jadi haiwanan...he he he...!!



Dia pengemis, namun dia juga DERWAWAN. Menurut laporan China Daily, lelaki dengan dua gelaran ini bernama Wang Zhiyou, 41, berasal dari kampung Yongping di daerah Heilongjiang, China.

Wang yang sudah berbelas tahun mengemis sekitar bandar raya di China mendakwa menderma wang tersebut kepada orang lain yang lebih memerlukan wang. Kemurahan hati Wang mendorong pihak media menggelarnya sebagai "peminta sedekah pemurah".

Beliau tiba di Changsha, ibu kota wilayah Hunan, pada 6 Sept 2011. Wang biasanya mengemis di satu tempat selama sebulan sebelum beralih ke tempat lain.

"Selepas mengemis selama satu bulan, saya akan menderma wang yang saya peroleh kepada orang yang memerlukan bantuan," katanya.

Wang berkata beliau berbuat demikian kerana latar belakang sejarah dirinya. Pada usia remaja, Wang mengetahui bahawa dirinya merupakan anak angkat kerana ibu bapa kandungnya terlalu miskin untuk menyara lebih daripada seorang anak.

Wang belajar tentang kesusahan orang miskin. Atas alasan itu, dia mula mengemis untuk orang lain 15 tahun yang lalu.

"Saya telah mendermakan sebanyak 40 000 Yuan (RM20 067) dalam tempoh 15 tahun. Setiap kali saya menderma wang, saya akan meminta resit," katanya sambil menunjukkan timbunan resit dan buku bank sebagai bukti.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI