kapal angkasa pelancongan meletup di udara



Serpihan kapal angkasa SpaceShipTwo yang ditemui di Gurun Mojave kelmarin.


MOJAVE, California – Sebuah kapal ang­kasa bersayap yang direka khas untuk membawa pelancong meneroka melepasi atmosfera Bumi meletup semasa ujian penerbangan di Gurun Mojave di sini kelmarin dengan menyebabkan seorang juruterbang maut dan seorang lagi parah.

Kemalangan kedua dalam masa seminggu itu mencetus kesangsian berhubung teknologi pelancongan angkasa lepas.

Kapal angkasa itu, Virgin Galactic SpaceShipTwo meletup selepas dilepaskan daripada sebuah pesawat induk di udara pada ketinggian 13,716 meter, kata seorang jurugambar yang menyaksikan kejadian itu, Ken Brown.

“Seorang juruterbang ditemui mati di dalam kapal angkasa itu dan seorang lagi berjaya menyelamatkan diri menggunakan payung terjun,” kata Sherif Daerah Kern, Donny Youngblood said.

“Mangsa yang parah diterbangkan dengan helikopter ke sebuah hospital,” tambahnya.

Nahas itu berlaku sekitar 193 kilome­ter ke utara pusat bandar raya Los Angeles dan 32 kilometer dari Pangkalan Angkasa dan Udara Mojave.

Virgin Galactic SpaceShipTwo dan pesawat induknya berlepas dari pangkalan tersebut.

Kapal angkasa itu milik firma Virgin Galactic yang diasaskan oleh bilionair Britain, Richard Branson.

Branson merupakan perintis dalam perlumbaan menyediakan peluang kepada orang awam untuk terbang di orbit, merasai graviti sifar dan melihat Bumi dari angkasa lepas dengan menaiki kapal angkasa pelancongan.

Beliau dijangka tiba di sini semalam begitu juga pasukan penyiasat Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan yang menyiasat nahas tersebut.

SpaceShipTwo yang sepanjang 18 meter itu merupakan kapal angkasa pertama di dunia dibina untuk membawa pelancong ke orbit.

Ia direka dengan dua tingkap panorama dan boleh membawa enam penumpang.

Syarikat Virgin Galactic menjual tiket pelancongan angkasa lepas itu pada harga AS$250,000 (RM827,125) seorang untuk perjalanan pergi dan balik.

Setakat ini, lebih 700 orang telah membuat tempahan tiket termasuk penyanyi terkenal, Justin Bieber, Katy Perry dan Lady Gaga


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI