gembira menjadi sebahagian dari pejuang jihad IS



Sabina bersama pejuang jihad di Syria.



BERGELAR pengantin dan bangga  menjadi isteri kepada pejuang jihad IS.

Dia benar-benar merasa kebebasan selepas menganggotai kumpulan pejuang  jihad Negara Islam (IS) enam bulan sejak meninggalkan keluarganya dengan sekeping nota mengatakan dia akan mati untuk Allah.

Ditanya mengenai rutin kehidupannya dalam IS yang mempunyai kubu kuat di Raqqa, Sabina Selimovic, 15, berkata: "Saya suka makan. Makanan di sini hampir sama dengan Austria walaupun ia makanan halal.

"Tapi anda boleh mendapatkan kicap, Nutella dan cornflake," katanya.

Sabina dan rakannya, Samra Kesinovic, 17, meninggalkan ibu kota Austria pada April memberitahu ibu bapa masing-masing, mereka pergi untuk berperang di Syria menerusi nota.

Mereka datang daripada keluarga pelarian Bosnia yang menetap di Austria selepas Yugoslavia Lama (SFRY) runtuh ketika peperangan etnik pada 1990.

Di katakan Samra dan Sabina mengahwini pejuang IS tidak lama selepas mereka tiba di Syria. Kedua-dua pasangan itu pada mulanya tinggal di dalam bilik yang sama, tetapi Sabina dilaporkan kini berpindah ke flat lain.

Menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) antara Sabina dengan mingguan Perancis, Paris Match, dia menafikan dakwaan mengandung dan menegaskan gembira dengan kehidupannya di Syria serta berasa bebas mengamalkan ajaran agamanya yang tidak dapat dilakukan di Austria.

Majalah itu turut mengesahkan remaja itu dibenarkan berbual dengan mereka hanya dengan keizinan suaminya yang turut berada dalam bilik itu.

Menurut Sabina, selepas tiba di Turki mereka menyeberangi sempadan ke Syria dengan berjalan kaki. Mereka akhirnya tiba di bandar Raqqa.

"Kami tidak membawa apa-apa ketika tiba di negara ini selain pakaian di tubuh kami.

"Suami saya seorang askar. Di sini, saya benar-benar berasa bebas kerana boleh mengamalkan agama tanpa kekangan berbanding di Vienna," katanya.



About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI