tersilap pos dadah mengundang padah....he he he




Houston: Polis di sini menangkap sekumpulan pengedar dadah tempatan selepas pembekal mereka tersilap menulis alamat pada bungkusan yang dihantar melalui syarikat FedEx.

Syerif Adrian Garcia berkata, tiga individu - Stephanie Adams, 30, Michael Taylor, 45, dan Leslie Peck, 32, ditahan dengan pelbagai dadah dianggarkan bernilai AS$100,000 (RM328,000) hasil maklumat yang diberikan seorang jiran yang menerima bungkusan mengandungi dadah jenis kokain, heroin dan methamphetamine.

Antara dadah ditemui di rumah suspek termasuk ganja, kokain, morfin, LSD, kodein dan pelbagai steroid.

Polis turut menemui ubat untuk kanser yang dipercayai dicuri dari sebuah farmasi selain wang tunai dianggarkan berjumlah AS$6,700 (RM22,000).
Pelbagai senjata api turut dirampas termasuk senapang patah, pistol dan sebuah AR-15 dilengkapi teleskop malam ala tentera AS.

Menurut Garcia, ketika ditahan, Stephanie sedang mengambil dadah sementara anak perempuannya yang berusia lima tahun pula tidur di bilik lain.
Mereka semua kini berdepan pelbagai tuduhan membabitkan dadah dan senjata api. Bagaimanapun, pembekal mereka masih belum ditangkap.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI