biliionnair arab tamak takut harga minyak turun vs kerajaan yang menyusahkan rakyat dengan menaikkan harga minyak 20 sen ketika harga minyak semakin turun....fikir fikirkan kewajarannya...!!!



harga  minyak dunia  semakin turun

RIYADH – Seorang putera Arab Saudi, Putera Alwaleed bin Talal mengecam Menteri Minyak negara itu, Ali bin Ibrahim Al-Naimi kerana membenarkan harga minyak jatuh di bawah paras AS$100 (RM329.85) setong, lapor akhbar The Telegraph kelmarin.

Putera Alwaleed (gambar kecil) yang juga seorang bilionair dan pelabur dalam sepucuk surat­nya kepada Ali berkata, tindakan Arab Saudi membiarkan harga minyak jatuh di bawah paras AS$100 (RM329.85) setong boleh me­nyebabkan ‘bencana’ terhadap ekonomi negara itu.

Ali, 79, yang sangat dihormati di Arab Saudi mempunyai pengaruh yang amat besar dalam Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC).

Beliau sebelum ini memberitahu bahawa tiada sebab untuk bimbang dengan kejatuhan harga minyak masa kini. Harga minyak mentah jatuh ke paras bawah AS$87 (RM286.96) setong selepas Agensi Tenaga Antarabangsa menurunkan ramalan permintaan mi­nyak tahun ini.

Semalam, harga minyak untuk penghantaran November depan susut kepada AS$82.72 (RM272.84) setong, harga paling rendah sejak November 2010.

Permintaan minyak dijangka me­nurun akibat pertumbuhan ekonomi dunia yang rendah selain lebihan bekalan minyak dunia.

Arab Saudi merupakan pengeks­port minyak terbesar dunia dengan pengeluaran sebanyak 12.5 juta tong sehari, sekali gus menjadi negara paling berkuasa dalam OPEC serta pasaran minyak dunia.

Campur tangan Alwaleed dijangka memaksa Opec menurunkan pengeluaran pada mesyuarat akan datang bagi mengatasi kejatuhan harga.



ketika minyak turun....kerajaan naikkan harga minya sebanya 20 sen...





Harga petrol naik tapi pasaran dunia turun


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI