burung kakak tua cakap merapu selepas hilang 4 tahun



Setelah kehilangan burung kakak tuanya selama empat tahun, pemilik haiwan itu berkata, burung tersebut ditemui kembali namun ia bercakap dalam bahasa Sepanyol!

Burung spesies African Grey itu sebelum ini diajar berkomunikasi dalam bahasa Inggeris slanga ‘British’ oleh tuannya, Darren Chick.

Selain itu, ketika dibawa pulang ke rumah, haiwan yang diberi nama Nigel itu juga mencari seseorang yang bernama Larry.

Kata Darren  “Nigel berada dalam keadaan baik. Ia sangat aneh, namun saya tahu itu burung saya ketika melihatnya.”

Nigel ditemui oleh pasangan Torrance di belakang premis bisnes mereka, dan kemudiannya menyerahkannya kepada Teresa Micco kerana Teresa telah menyebarkan iklan tentang kehilangan burung kakak tuanya.

Namun, Teresa kemudiannya sedar bahawa Nigel bukanlah burung miliknya sebelum menyerahkan kepada Darren melalui rekod jualan asal.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI