terkini....hanya seorang mangsa bumbung jejantas runtuh di Lebuh Raya Taman Perling-Pasir Gudang yang hanya mengalami cedera ringan




JOHOR BAHRU - Seorang pemandu kereta yang terlibat dalam kejadian bumbung jejantas tercabut dan diterbangkan angin sebelum terjatuh merentangi jalan raya di Lebuh Raya Taman Perling-Pasir Gudang berhampiran Taman Kobena, di sini bersyukur kerana hanya mengalami cedera ringan dalam kejadian itu.

Pemandu kereta Honda Jazz yang hanya ingin dikenali sebagai Tan itu berkata, kejadian tersebut berlaku dengan pantas ketika dia dalam perjalanan dari Desa Tebrau menghala ke Tampoi di sini.

"Saya tidak ingat apa-apa kerana kejadian berlaku sekelip mata tetapi saya perasan ada sesuatu terkena kereta (bumbung) sebelum ia kemudian jatuh ke atas jalan," katanya ketika ditemuinya pada tempat kejadian.

Tan yang berusia 30-an itu berkata, kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu berlaku dalam keadaan hujan lebat.

Akibat terkena bumbung jejantas yang tercabut itu bumbung keretanya di atas tempat duduk pemandu kemek. - Bernama



lanjutan  dari berita  jejantas  runtuh  di sini


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI