gajet ancam penglihatan





Hampir 30 peratus atau tiga juta kanak-kanak bawah usia 12 tahun di negara ini kini menggunakan cermin mata akibat masalah daya penglihatan berpunca daripada keturunan dan persekitaran.

Daripada jumlah tersebut, kira-kira sejuta kanak-kanak mengalami masalah itu akibat terdedah kepada gajet elektronik seperti telefon bimbit, tablet dan permainan video dalam tempoh masa yang lama.

Walaupun kebanyakkan kes berkaitan penglihatan terutamanya rabun adalah di­sebabkan faktor genetik, kecen­derungan kanak-kanak terhadap permainan berbentuk visual se­perti yang terdapat pada peranti digital juga antara penyebab utama kerosakan penglihatan.

Pancaran cahaya biru yang dikeluarkan oleh peranti digital menjadi penyumbang utama kepada gejala seperti keletihan mata.

Apabila mata terlalu lama tertumpu kepada skrin tablet, ia boleh menyebabkan mata kanak-kanak cepat letih dan penat. Ini kerana fokus mata terarah kepada objek yang bergerak terlalu cepat dalam permainan komputer selain disebabkan paparan sinar terang pada skrin yang bukan datang daripada sumber semula jadi.

Hal ini seterusnya menyebabkan seseorang menjadi rabun jika tidak menggunakan cermin mata yang dapat menapis cahaya tersebut. Oleh itu, ibu bapa perlu mengawal penggunaan gajet dalam tempoh yang disarankan iaitu sekitar 30 minit sehari dengan pengisian permainan yang berfaedah se-perti aplikasi pembelajaran.

Kuasa kanta cermin mata yang digunakan kanak-kanak hari ini juga pada tahap membahayakan iaitu sehingga -8.00 Diopter yang merupakan kategori rabun tahap tinggi.

Secara purata, tiga daripada 10 pesakit mengalami masalah penglihatan akibat penggunaan gajet elektronik secara berpanjangan.

Dahulu masalah begini jarang berlaku. Perkembangan teknologi membolehkan kanak-kanak membawa gajet ke merata tempat menyebabkan mereka turut terdedah kepada risiko masalah kesihatan khususnya kejang ‘otot siliari mata’ seperti juga orang dewasa.

Terdapat ibu bapa yang membenarkan anak seawal usia setahun bermain gajet elektronik tanpa mempedulikan kesan negatif terhadap fisiologi anak dalam jangka masa panjang khususnya kesihatan deria penglihatan.

Penggunaan gajet dalam tempoh yang panjang akan menyebabkan otot akomodasi mata lumpuh sementara dan kurang responsif akibat keletihan melampau.

Kanak-kanak yang terdedah terlalu lama dengan gajet juga cenderung mendapat masalah kesihatan lain seperti sering sakit kepala, sakit mata dan kekeringan mata.

Masalah penglihatan yang timbul boleh dirawat jika dikesan daripada pe­ringkat awal melalui gejala seperti kabur penglihatan atau kanak-kanak tersebut mengecilkan mata akibat rasa silau dalam pencahayaan biasa..

Kajian di Asia Timur, Singapura dan Taiwan mendapati, peratusan kanak-kanak yang mengalami masalah rabun meningkat sehingga 85 peratus manakala di Amerika Syarikat pula menunjukkan peratusan itu semakin meningkat daripada hanya 25 peratus kepada 41.6 peratus.

Di China, kajian dilakukan menunjukkan 69 hingga 77 peratus kanak-kanak di bandar meng-alami masalah berkenaan berbanding 37 hingga 55 peratus di luar bandar




About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI