sarung telefon yang unik



Sarung telefon kini bukan saja berfungsi melindungi gajet semata-mata, malah menjadi aksesori tambahan pada model telefon pintar atau tablet.

Tidak hairan kini pilihan aksesori terbabit lebih versatil bergantung kepada minat atau karakter pemiliknya.

Peminat telefon pintar kini gemar rekaan lebih terang dan bertemakan karakter mahupun ikon kartun tertentu.

Kalau mengikut koleksi, paling mendapat sambutan adalah jenis sarung telefon bergetah. Material daripada campuran getah serta polisintetik menjadikan sarung telefon ini kalis air serta menyalut kemas telefon pintar.

Rekaan daripada material ini selalunya terang dan ceria. Boleh dikatakan ia tahan lasak serta diminati dari peringkat kanak-kanak hinggalah pertengahan 30-an kerana mampu memberi lekapan baik sebaik dipegang.

Manakala dari segi rekaan pula, karakter adiwira sering mendapat sambutan. Ada antara mereka membeli untuk melengkapkan koleksi sarung telefon yang menampilkan karakter adiwira pernah mereka miliki sebelum ini.

Tiada kumpulan umur spesifik mahupun jantina mengehadkan pilihan mereka untuk rekaan tertentu.

Ada gadis meminati karakter adiwira seperti ‘Ironman’ mahupun ‘Transformers’. Begitu juga peminat aksesori itu dalam kalangan lelaki apabila ada yang meminati karakter seperti kartun klasik Disney, Mickey mahupun Minnie,”

Harga untuk koleksi ini bermula RM29 hingga RM50, bergantung kepada rekaan serta kualiti material digunakan. Mereka yang ingin mendapatkan koleksi sarung unik ini boleh melayari laman sosial Facebook Get Bedazzled atau Instagram Get_Bedazzled.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI