hotel yahudi yang mereput



GROSSINGER’S Resort kini hanya bangunan usang.



>

RUANG legar Homowack Lodge yang berwarna-warni.



HOMOWOCK Lodge memiliki gelanggang boling sendiri.



KAWASAN tepi kolam Grossinger’s Resort.

Kawasan dikenali sebagai Borscht Belt di Catskill, New York pernah popular satu ketika dulu sebagai tempat peranginan untuk kelas pertengahan terutama masyarakat keturunan Yahudi di kota itu.

Ketika zaman kegemilangannya, lokasi itu mempunyai lebih 600 hotel dan kem musim panas yang sering dikait­kan dengan kehidupan mewah serta glamor.

Namun kemewahannya kini hanya tinggal kenangan dan agak me­ngerikan walaupun masih mengekalkan kecantikan dalam kesuramannya.

Kawasan itu juga pernah dipopularkan dalam filem Dirty Dancing lakonan Patrick Swayze kerana menjadi lokasi penggambarannya.

Kebanyakan hotel paling mewah dan terkenal di kawasan berkenaan yang popular pada era 1960-an malangnya kini dibiarkan reput dan dimamah usia.

Seorang artis Marisa Scheinfeld yang membesar tidak jauh dari situ mengambil kesempatan merakamkan keindahan hotel-hotel mewah ini yang kini dipamerkan di Muzium Universiti Yeshiva sehingga April 2015.

“Pada saya bangunan-bangunan tinggal ini tetap cantik dengan caranya yang tersendiri. Walaupun runtuhannya boleh disamakan de­ngan kejatuhan era yang penuh kegemilangan, hakikatnya ia masih ‘hidup.’

“Walaupun tidak lagi menjadi hotel untuk golongan kaya dari pantai timur negara ini, ia tetap ‘dihuni’ pelbagai spesies haiwan serta tumbuhan. Jadi, walaupun manusia mengabaikannya, ia masih memainkan peranan penting,” katanya.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI