pecah rekod naik roller coaster 1000 kali



ELLIS meraikan pencapaian menaiki roller coaster ke-1,000 yang dikenali sebagai Tremors di Taman Tema Silverwood, Idaho, Amerika Syarikat.

LONDON – Seorang lelaki sanggup menjelajah ke-22 buah negara bagi mencipta rekod menaiki permainan roller coaster sebanyak 1,000 kali, lapor akhbar MailOnline kelmarin.

Lelaki tersebut, David Ellis berkata, kali pertama dia menaiki permainan roller coaster ketika berusia 10 tahun apabila dia dibawa bapanya ke sebuah taman tema di Yarmouth Pleasure dekat sini.

“Sejak itu saya mula taksub dengan permainan ini dan sanggup pergi ke semua taman tema di seluruh dunia untuk merasai pengalaman menaiki roller coaster.

“Saya juga menaiki roller coaster pada hari perkahwinan saya,” katanya.

Ujarnya, dia kini berjaya mencipta rekod menaiki permainan roller coaster sebanyak 1,000 kali dan dua kali terlibat dalam rekod dunia menaiki roller coaster paling ramai dalam keadaan bogel.

Ketika ini hanya 40 orang di seluruh dunia yang berjaya mencipta rekod menaiki roller coaster melebihi 1,000 kali

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI