di negara luar polis boleh bersubahat dengan kumpulan samseng ...inikan pula di negara kita...?



ANGGOTA polis persekutuan meronda di sebatang jalan di bandar Iguala, selatan Mexico kelmarin.

IGUALA – Kerajaan Mexico menghantar polis persekutuan untuk mengawal keselamatan di bandar ini, dalam negeri Guerrero, selatan negara itu kelmarin susulan dakwaan polis tempatan bersubahat dengan kumpulan penjenayah untuk membunuh sekumpulan pelajar.

Keputusan tersebut dibuat setelah pihak berkuasa menemui sebuah kubur besar dekat sini yang dipercayai mengandungi sebahagian daripada mayat 43 pelajar itu.

Kubur tersebut menyimpan 28 mayat yang rentung dengan sebahagian anggota badan mangsa dikerat.

Selain mengawal keselamatan di bandar ini, polis persekutuan Mexico turut ditugaskan untuk membantu mencari 43 pelajar yang masih hilang selepas mereka diserang pada 26 September lalu.

Semua pelajar itu hilang selepas polis tempatan melepaskan tembakan ke arah beberapa buah bas yang mereka rampas untuk pulang ke sebuah kolej perguruan.

Sebelum itu, kumpulan pelajar berkenaan terlibat dalam satu tunjuk perasaan di sini.

Mengulas penemuan tersebut, Presiden Enrique Pena Nieto menyifatkan kematian mereka sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima.

“Saya mengerahkan polis persekutuan menyiasat dan mengheret mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan,” katanya.

Sementara itu, pendakwa raya Negeri Guerrero, Inaky Blanco berkata, beliau tidak pasti motif serangan itu tetapi beberapa pegawai tempatan mendakwa polis tempatan bersubahat dengan geng penjenayah dikenali sebagai Guerreros Unidos

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI