benggang tak dapat keluar duit ,pecahkan mesin ATM dengan tangan kosong



DONGGUAN, China – Seorang wanita yang berang selepas gagal mengeluarkan wang di sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) bertindak memecahkan mesin berkenaan dengan hanya menggunakan tangan.

Wanita yang tidak dikenali itu dilaporkan berang selepas beberapa kali gagal mengeluarkan wang di mesin ATM tersebut yang terletak di sebuah pusat beli-belah di bandar ini.

Kerana tidak berpuas hati, wanita itu dilihat mula memecahkan mesin berkenaan dan mencabut setiap komponen satu-persatu menggunakan tangannya.

Wanita tersebut kemudian berjaya ditenangkan oleh beberapa pengawal keselamatan pusat beli-belah berkenaan yang melihat aksi ganasnya di kamera keselamatan premis itu.

Sementara itu, seorang jurucakap pusat beli-belah berkenaan berkata, wanita itu tidak dapat mengeluarkan wangnya kerana mesin itu rosak ketika dia menggunakannya.

Katanya, ATM berkenaan mudah rosak kerana ia sudah lama dan beberapa komponen mesin itu diperbuat daripada plastik

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI