anjing pun ada yang terkena jangkitan E-BOLA




MADRID, Sepanyol – Mangsa terbaharu wabak demam Ebola mungkin seekor anjing bernama Excalibur, kata beberapa pegawai semalam.

Pihak berkuasa bandar raya ini mendapatkan perintah mahkamah untuk mematikan Excalibur kerana haiwan itu berisiko menyebarkan Ebola.

Anjing tersebut dimiliki oleh seorang jururawat tempatan yang kini dijangkiti virus maut itu.

Sekurang-kurangnya satu kajian utama mencadangkan bahawa anjing boleh dijangkiti virus Ebola tanpa menunjukkan simptom. Namun, setakat ini saintis belum pasti sama ada anjing boleh menyebarkan virus itu.

Jururawat berkenaan dan suaminya telah dikuarantin sejak dia disahkan menghidap demam Ebola pada minggu ini.

Mangsa merupakan sebahagian daripada pasukan perubatan yang merawat seorang paderi dijangkiti Ebola. Paderi berkenaan kemudian meninggal dunia akibat wabak tersebut.

Dalam pada itu, seorang pakar haiwan di Amerika Syarikat, Dr. Peter Cowen memberitahu, tindakan mematikan anjing itu jelas keterlaluan.

“Pihak berkuasa sepatutnya membuat penyelidikan terlebih dahulu. Belum ada kajian yang mendapati anjing menyebarkan virus Ebola,” kata Cowen.

“Wabak Ebola yang kini mengancam Afrika Barat juga tidak menular kerana anjing,” tambahnya.

Setakat ini, saintis masih belum mengenal pasti pembawa virus Ebola walaupun mereka mengesyaki virus itu disebarkan oleh sejenis kelawar buah.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia pula menyenaraikan beberapa haiwan lain termasuk cimpanzi, gorila, monyet dan landak sebagai pembawa kuman maut itu.

Sementara itu di Dallas, AS pihak berkuasa kesihatan masih memantau 48 orang yang pernah berhubungan dengan pesakit Ebola, Thomas Duncan.


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI