ada berani ka...makan di restoren tergantung



PELANGGAN restoran tergantung sedang menikmati makanan.

LONDON – Sebuah syarikat menawarkan pengalaman makan malam mewah sambil tergantung pada ketinggian 48 meter di beberapa lokasi menarik di seluruh dunia.

Syarikat Dining In The Sky itu mula diperkenalkan oleh seorang ahli perniagaan, David Ghysels pada tahun 2006 dan perkhidmatan tersebut kini ditawarkan di beberapa buah bandar raya terkenal di dunia termasuklah di London, Britain dan di Paris, Perancis.

Setiap tetamu perlu membayar kira-kira £200 (RM1,000) untuk menikmati hidangan makan malam di atas satu platform yang lengkap dengan sebuah meja makan tetapi tidak mempunyai dinding atau lantai.

Ghysels berkata, seramai 22 orang tetamu boleh duduk di meja makan berkenaan pada satu-satu masa dan mereka perlu memakai tali pinggang keselamatan di kerusi bagi mengelakkan terjatuh.

Katanya, setiap tetamu boleh memilih hidangan yang mereka mahukan dan seorang tukang masak profesional dan dua pelayan akan menyediakan makanan berkenaan di atas meja.

“Tetamu juga akan dihiburkan dengan satu persembahan piano yang digantung berhampiran meja makan.

“Bagaimanapun, jika ada tetamu mahu ke tandas kren ini terpaksa menurunkan meja makan ke tanah bagi membolehkan mereka ke tandas,” katanya.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI