agaknya apa rasa anda bila hak yang sepatutnya menjadi milik anda di rentap secara tiba tiba




Apa perasaan anda apabila diberikan sebuah hadiah yang anda sangat-sangat idamkan tetapi kemudian ia dirampas sebelum sempat dinikmati?

Sudah tentu pada mulanya anda akan sangat gembira namun kemudiannya akan sedih dan merasa teraniaya.

Itulah mungkin analogi mengenai nasib beberapa penjawat awam yang mencuba nasib untuk mengisi kenaikan pangkat kepada jawatan Pembantu Kesihatan Awam  di seluruh negara hari ini.

Bayangkan, kali pertama membuka portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA), berita gembira dipaparkan bahawa permohon untuk mengikuti Latihan Pembantu Kesihatan Awam sebagai berjaya.

Kemudian dalam beberapa jam sahaja, ketika dibuka sekali lagi… keputusan kenaikan pangkat itu telah diubah kepada tidak berjaya.
Semua itu dilakukan tanpa sebarang notis dan alasan.

“Malam tadi ada lagi, pagi tadi pukul 8 camtu pun ada lagi tawaran, dalam pukul 10 rakan telefon kata semua tawaran telah ditiadakan,” kata mangsa kepada Mynewshub.cc hari ini.
Tambahnya, bukan beliau seorang menjadi mangsa tetapi beberapa rakan lain turut terbabit.


(MULA-MULA kata dapat…)


(KEMUDIAN….anda nilai sendiri… ini melibatkan orang yang sama dan bukan orang lain)




Apa yang berlaku?

Tiba-tiba ada pihak lain yang perlu diberikan keutamaan kerana ‘kabel’ lagi power atau apa?
Apakah berlaku potong jalan?

Benda macam ini yang rakyat marah dengan kerajaan kadang-kadang… sesuatu yang sangat tidak adil.

Dalam kes beberapa budak ini, nasib mereka bijak dan telah print screen tawaran awal yang diberikan.

Kalau tidak apa bukti mereka nak kata yang mereka telah ditawarkan kenaikan pangkat itu… tetapi kemudian ia dirampas dengan bagitu zalim sekali.

Dalam isu ini, SPA tolong jangan bagi alasan yang tidak masuk akal atau nak menutup kesalahan sendiri.

Jangan kata kesalahan teknikal. Kalau kesalahan jenis itu pun, tetap anda yang tak betul.

Mana KPI yang dilaung-laungkan Ketua Setiausaha Negara?

Bayangkan perasaan para mangsa dalam isu ini. Jangan pula cuba blacklist mereka pada masa hadapan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pun dimohon agar campur tangan melihat apa yang sedang berlaku itu.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI