tentera penjajah di afghanistan menerima nasib yang sama dengan tentera russia...selepas 13 tahun menjajah akhirnya terpaksa berundur dalam keadaan memalukan
8:54 PG
afghanistan
,
berundur
,
luar negara
,
memalukan
,
penjajah
,
tentera amerika syarikat
,
tentera britain
Edit
ANGGOTA Marin AS bersedia meninggalkan Helmand dalam keadaan memalukan selepas tempoh khidmat mereka dan askar Britain di wilayah itu di katakan berakhir kelmarin.
Kabul: Kumpulan pejuang Taliban Afghanistan kelmarin mengisytiharkan kemenangan ke atas Britain di Helmand, wilayah di selatan negara itu.
Ia memuji pejuangnya kerana membunuh ratusan tentera Britain dan mencacatkan puluhan ribu lagi dalam peperangan selama 13 tahun.
Pasukan terakhir tentera Britain diterbangkan keluar dari Kem Bastion, berhampiran Kaskhar Gah, ibu negeri wilayah Helmand semalam, menamatkan misi yang lebih lama berbanding Perang Dunia Kedua sehingga meragut 453 nyawa.
Dalam kenyataan yang dimuatnaik dalam laman web mereka, Taliban mengucapkan terima kasih kepada pejuangnya.
“Sudah pasti serangan berani mujahidin sepanjang 13 tahun lalu memaksa tentera penceroboh pulang,” menurut kenyataan itu.
Statistik rasmi Taliban menunjukkan 500 askar Britain terbunuh tetapi percaya jumlah itu jauh lebih tinggi.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI