tindakan zalim heret anjing dengan kereta di kecam



Seekor anjing yang diikat pada belakang sebuah kereta dan diseret di sebatang jalan raya di bandar Shantou di wilayah Guangdong, China baru-baru ini.

GUANGZHOU - Seorang lelaki di bandar ini 'diburu' berjuta-juta pengguna laman sosial selepas tindakannya mengheret seekor anjing dengan menggunakan sebuah kereta di sebatang jalan di bandar Shantou di wilayah Guangdong, China tersebar di internet  kelmarin.

Tindakan kejam lelaki tersebut dirakam dengan menggunakan telefon bimbit oleh seorang pengguna jalan raya sebelum memuat naik video berkenaan di laman sosial popular China, Weibo.

Video berkenaan memaparkan anjing berkenaan diseret di belakang kereta yang dipandu laju sehingga menyebabkan kakinya berdarah.

Pengguna laman sosial berkenaan yang terkejut dengan tindakan tersebut kemudiannya 'memburu' pemandu berkenaan dengan menyiasat latar belakangnya sebelum menyiarkan nama, alamat dan nombor telefon lelaki itu.

Ekoran itu, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Zheng membuat permohonan maaf di sebuah stesen televisyen tempatan selepas tertekan dengan dengan kecaman yang diterimanya.

"Saya sebenarnya mahu menghalau anjing itu kerana ia sering menggigit dan menyerang orang," katanya

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI