buaya berjemur dalam longkang sekolah



SEEKOR buaya muncul dalam longkang di SMK Subis, Miri kelmarin.

MIRI - Kira-kira 300 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Subis dekat sini gempar apabila seekor buaya tembaga tiba-tiba muncul di dalam sebuah longkang sekolah berkenaan, kelmarin.

Buaya sepanjang 3 meter itu dilihat berjemur di dalam longkang sedalam 5 meter oleh para pelajar kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Seorang pelajar tingkatan lima yang enggan dikenali berkata, kemunculan buaya berkenaan bukan kali pertama dilihat oleh pelajar di situ.

Sebaliknya katanya, seekor buaya lain pernah muncul dan berjemur di tempat yang sama selama beberapa hari kira-kira dua tahun lalu sebelum menghilangkan diri.

"Sang bedal itu akan muncul secara tiba-tiba. Ia membuatkan kami berasa ketakutan dan bimbang reptilia itu akan membaham kami.

"Entah dari mana reptilia itu datang kerana Sungai Niah berada agak jauh dari sekolah ini dan ia telah menimbulkan tanda tanya," katanya.

Susulan daripada penemuan reptilia itu, para pelajar kini takut untuk melakukan sebarang aktiviti berdekatan longkang terbabit.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI