di gelar budak ular



ARI sukar untuk bergaul dengan remaja lain kerana ramai bimbang penyakit kulit yang dihidapinya boleh berjangkit.

JAKARTA - Gara-gara menghidap sejenis penyakit kulit yang ganjil, seorang budak lelaki berusia 16 tahun digelar 'Budak Ular' apabila memiliki tubuh yang dipenuhi sisik seperti reptilia sejak lahir.

Remaja tersebut, Ari Wibowo mendapat gelaran tersebut kerana setiap 41 hari, sisik pada kulitnya akan tertanggal dan diganti dengan sisik baharu seperti proses bersalin kulit yang dialami oleh seekor ular.

Doktor berkata, Ari yang tinggal di sebuah kampung di sini menghidap penyakit erythroderma yang juga dikenali sebagai sindrom lelaki merah menyebabkan kulit di seluruh badan menjadi bersisik dan mengelupas.

Kehidupan Ari didedahkan oleh seorang jurugambar Indonesia, Nurcholis Anhari Lubis yang merakam keadaan remaja itu.

"Ia sangat menyedihkan kerana dia lahir sebagai manusia tidak normal. Dari hujung rambut hingga hujung kaki, seluruh tubuhnya diselaputi kulit bersisik. Ia kelihatan seperti luka terbakar," katanya.

Menurutnya, Ari perlu berendam di dalam air setiap sejam dan menyapu kulitnya dengan losen pelembap bagi mengelak kulitnya mengeras

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI