sesuci kasihmu



"Mira,kenapa kau sanggup bersikap biadap terhadap ibu, dia ibu kandung kita kau tau tak? Dia yang melahirkan kau." Teguran kakakku dua hari lepas ketika aku pulang bercuti di kampung benar-benar menikam ke lubuk jantungku. Apatah lagi melihat titisan air mata ibu jatuh kerana sikap dan kata-kata yang telah aku lemparkan kepadanya.

"Eh, Mira, kau tak pergi ke kelas ke ari ni?" Pertanyaan daripada Irma menghentikan lamunanku sebentar tadi namun jiwaku masih tak tenteram. Apa benar ke cerita yang kak Lyn beritahuku semasa hari terakhir aku di kampung? Atau dia sengaja mengada-ngadakan cerita. Tapi untuk apa kak Lyn menipuku jika semua yang dikatakannya itu hanya satu rekaan. Uh!, aku melepaskan satu keluhan yang berat.

"Kau ni kenapa Mira? Sakit? Atau kau ada masalah?" Irma tak berpuas hati apabila pertanyaanya tadi tidakku jawab dan terus mengajukan aku soalan yang sama.

Aku hanya menggelengkan kepala kepadanya. Setelah itu dia hilang dari pandangan mataku. Ligat. Begitulah Irma yang ku kenal. Tak pernah lekat dalam bilik. Sentiasa sibuk. Mengalahkan menteri.

Irma merupakan room mate aku sejak semester pertama lagi. Memang tidak dapat dinafikan Irma seorang kawan yang baik dan sentiasa mengambil berat terhadapku. Dia aktif dalam sukan dan sebab itulah aku sering ditinggalkan bersendirian dalam bilik. Aku kadang-kadang cemburu dengan kehidupan Irma. Walaupun dia tidak mewah dengan wang ringgit tapi kehidupannya dipenuhi dengan bunga-bunga bahagia. Tak seperti aku.

Mengunjungi rumah Irma di Kelantan pada cuti semester lepas benar-benar mengusik hatiku. Ayah dan ibu Irma terlalu baik. Hubungan mereka sangat akrab walaupun kehidupan mereka sangat sederhana. Irma mendapat kasih sayang yang cukup daripada kedua orang tuanya. Tapi aku? Hatiku tidak habis-habis berbisik sendirian.

Deringan telefon menyedarkan aku daripada lamunan. Aku lantas mencapai telefon bimbitku yang berada di atas meja. Melihatkan nama pemanggil di skrin telefon bimbitku membuatkan aku cepat-cepat menjawab panggilan tersebut.

" Hello, Haris, sekejap lagi saya sampai. " Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku telah berjanji dengan Haris untuk pergi ke perpustakaan untuk mencari bahan rujukan bagi menyiapkan assignment kami. Setelah memutuskan talian, aku cepat-cepat bersiap. Solekanku ala kadar kerana aku takut Haris terlalu lama menungguku. Selesai mengenakan tudung aku tersenyum kelat di hadapan cermin.

Saat ini muncul lagi wajah ibu. Wajahku saling tak tumpah sepertinya. Cantik dan ayu. Tapi kenapa aku tak boleh menerimanya. Tersedar dari lamunan aku terus mencapai beg sandangku dan terus menaiki bas ke perpustakaan universiti. Setibanya aku di sana ku lihat Haris masih setia menantiku walaupun aku kelewatan 45 minit. Aku terus memohon maaf kepadanya atas kelewatanku itu.
" Mira "..
" Mira "..panggilan Haris benar-benar menyentap lamunanku terhadap ibu kandungku. Wajahnya yang lembut seakan-akan menagih memanggil namaku.

"Err, Haris. Kenapa?" dalam keadaan terkejut aku menyahut panggilan Haris.

Seperti Irma, Haris juga menanyakan aku soalan yang sama. " Awak sakit ke Mira? Atau awak ada masalah? Tadi pun awak tak datang ke kelas. Kenapa?" soal Haris.

" Err, saya tak apa-apa. Cuma pagi tadi saya terlewat bangun sebab tu saya tak pegi kelas, " aku menipu Haris kerana aku tidak mahu dia tahu masalah keluargaku.

Eh, kita dah lewat ni mari la kita masuk untuk cari buku yang prof nak tu, " aku sengaja mengalihkan topik. Memandangkan waktu pun sudah banyak berlalu, Haris tanpa banyak tanya mengikutku memasuki ruang perpustakan.

Hari minggu begini sememangnya kolej yang selalunya riuh- rendah akan menjadi sedikit sunyi. Masing-masing ada yang balik kampung , keluar jalan-jalan dan tak kurang juga yang keluar dating. Aku terlalu bosan memerap diri dalam bilik seorang diri. Irma pula hari minggu begini dia pagi-pagi lagi sudah keluar bekerja. Walaupun belajar, namun Irma melakukan kerja sambilan untuk menampung kehidupannya di kampus. Irma sungguh beruntung dan tabah. Bisik hatiku.

" Abah nak Mira balik esok. " Hatiku benar-benar tersentak tatkala mendengar suara kasar abahku. Kenapa abah menyuruhku balik. Selama ini dia lebih mementingkan mama. Mama yang menjadi keutamaanya. Alif, Azam dan Aza yang mendapat kasih-sayangnya. Aku seolah-olah menumpang di rumah abahku sendiri. Tak pernah dia pedulikan aku.

Apa aku buat. Yang abah tahu bagi aku wang sedangkan aku amat dahagakan kasih sayang daripada seorang ibu dan bapa. Abah tak pernah memahamiku. Walaupun berbagai persoalan bermain di benak fikiranku namun aku berusaha melelapkan mata. Walaupun payah.

Sepanjang perjalanan ke rumah abah yang tak jauh dari kolej kediamanku pandanganku kosong. Aku masih mencari jawapan kenapa abah menyuruhku pulang ke rumah hari ini. Aku tahu pasti ada sesuatu. Setibanya aku di rumah banglo dua tingkat itu, hatiku benar-benar terusik. Rumah ini walaupun mewah namun aku tak pernah merasai nikmatnya tinggal dan membesar di sini. Jiwaku kosong.

Dengan langkah yang berat aku menuju masuk ke dalam halaman rumah tersebut. Sebaik sahaja memberi salam, pintu di buka oleh adik tiriku, Aza. Tanpa senyuman, apatah lagi menegurku yang baru sampai. Begitulah sikap mama dan adik-adik tiriku jika aku berada di rumah. Usahkan nak tegur, berselisih muka pun mereka tak mahu denganku. Abah juga sama. Sibuk memanjang. Tidak ada masa untukku. Aku terasing di rumahku sendiri.

Aku seboleh-bolehnya melindungkan perasaan hatiku tika ini. Persoalan kenapa abah menyuruhku balik lebih mendebarkan hatiku. Tidak sabar rasanya meleraikan persoalan tersebut. Kedengaran tapak kaki menuruni tangga membuatku bertambah resah. Kulihat abah bersama-sama mama menuruni anak tangga. Muka mama yang angkuh singgah ke mukaku. Aku duduk di atas sofa bagaikan seorang pesalah yang menunggu hukuman.

" Lama Mira sampai?" tanya abahku yang mungkin tahu aku yang sudah tak senang duduk.
" Err, baru je bah. " Jawabku pendek.

" Mira tahu kenapa abah suruh Mira balik?" soal abah lagi.

Aku hanya menggelengkan kepala.

Mama yang sejak tadi memerhatikan aku terus mencelah " alah,budak tu memang sengaja buat-buat tak tahu la tu bang." Kata-katanya itu menambahkan lagi kebingunganku.

" Betul bah, Mira tak tahu. " balasku

" Betul ke Mira balik kampung jumpa ibu dan kak Lyn minggu lepas?" tersentak hatiku mendengarkan pertanyaan yang meluncur daripada mulut abah.

" Abah nak Mira jawab betul-betul pertanyaan abah tu." Abah tak nak Mira berdalih atau mereka alasan. Abah dah tahu, cuma abah nak dengar daripada mulut Mira sendiri." Tambah abah lagi membuatkan aku tergagap-gagap untuk menjawabnya.

" Ya bah, Mira ada pergi ke kampung dan Mira minta maaf sebab tidak beritahu terlebih dahulu pada abah ataupun mama. Mira tau abah sentiasa sibuk jadi Mira tak nak ambil masa abah." Aku tak tahu macam mana kekuatan itu timbul untuk menyindir abah.

Abah yang sedar aku menyindirnya terus mengalihkan perbicaraan dengan menanyakan bagaimana aku berjumpa kembali dengan ibu dan kakakku yang telah 20 tahun aku dan abah tak menemui mereka.

" Kak Lyn yang menghubungi Mira. Bagi tahu yang Mira masih ada ibu dan kakak. Mulanya Mira menolak untuk berjumpa dengannya tapi setelah dia memujuk Mira supaya Mira menjenguk ibu, Mira ambil keputusan untuk pergi." beritahuku kepada abah.

" Bagaimana kakak kau tu boleh tahu nombor telefon kau tu?" tanya mama dengan agak kasar.

" Kawan Mira yang bagi tahu. Kawan Mira tu adik angkat kak Lyn." balasku.

Benar,melalui Irmalah aku tahu bahawa kak Lyn ialah kakakku. Irma bekerja di kedai kain jadi dia menemui kak Lyn di tempat dia bekerja. Kak Lyn sering menceritakan kisah hidupnya pada Irma membuatkan Irma terlintas bahawa mungkin kami adik-beradik kerana kisahku dan kisah kak Lyn sama. Dari situlah aku berjumpa semula dengan kak Lyn dan ibu.

" Tengok tu, orang tanya dia berkhayal pulak." jerkah mama membuatku tersentak.

" Tengok tu bang, baru jumpa sekali dengan kakak dan ibunya dah dia lupakan abang. Dasar budak tak tahu kenang jasa. Lepas ni mungkin dia akan tinggalkan abang terus dan tinggal dengan ibunya tu." kata-kata mama seperti menghasut abah.

" Eh,Mira, kalau kau suka sangat tinggal dengan perempuan murahan seperti tu pergi la. Abah kau pun tinggalkan dia dulu dan bawa kau tinggal bersama-sama kami sekarang kau pulak yang dahagakan kasih daripada orang seperti tu. Nasib baiklah kau tinggal dengan kami, kalau tak aku rasa kau pun mungkin berada kat kelab malam sekarang ni bukan kat Universiti." celupar sungguh mulut mama.

Telingaku panas serta-merta. Tidak sanggup lagi aku mendengar kata-kata nista dari mulut mama membuatkan aku terus balik ke kolej pada petang itu juga. Namun sebelum aku pulang, abah sempat memberi amaran agar aku tidak lagi pergi ke kampung atau berhubung dengan kak Lyn atau ibu.

Sejak pulang dari rumah abah fikiranku semakin bercelaru. Aku benar-benar tersepit. Perasaan kasih terhadap ibu kandungku tak dapat kubendung walaupun aku tahu keburukan tentangnya. Sejak kecil lagi aku diceritakan tentang keburukan ibu. Ibu perempuan jahat. Curang. Tidak bertanggungjawab terhadap keluarga dan tak ada maruah. Mama dan abah sering memberitahuku semua tu kepadaku membuatkan aku terpengaruh. Tapi dia ibu kandungku. Malahan apa yang diceritakan oleh kak Lyn bercanggah dengan pemikiranku tentang ibu membuatkan aku bingung.

Menurut kak Lyn, ibu tak seperti yang aku fikirkan. Mama yang membuatkan ibu menderita. Mama yang selalu memfitnah ibu supaya abah membenci ibu. Hidup ibu terseksa. Mama ingin merebut kasih sayang abah hanya untuknya seorang. Sebab itulah mama memfitnah ibu agar abah menceraikan ibu. Mama sedikitpun tidak tahu berterima kasih pada ibu yang merelakan dirinya dimadu. Malah mama tamak dan busuk hati menyebabkan keluarga kita porak-peranda.

" Tapi kenapa ibu tak cari Mira kak? Kalau benar ibu sayangkan Mira. Kenapa baru sekarang. Setelah Mira dah besar. Dah berjaya. Mana ibu saat Mira dahagakan kasihnya. Saat Mira merinduinya." soalku dengan nada yang sebak.

" Mira tahu tak hidup ibu dan akak merempat dulu. Kakak tak kisah tak dapat sambung belajar kerana akak tak mahu berjauhan dengan ibu dan akak nak bagi dia kesenanagan. Sebab tu selepas tamat tingkatan 5 akak terus bekerja. Akak juga berjanji kepadanya untuk mencari kau, dik. Ibu terlalu merindui dan menyanyangimu." kata-kata kak Lyn sungguh menghiris tangkai jantungku.

Deringan telefon menhentikan lamunanku.

" Hello, assalamualaikum. Mira ke?" tanya pemanggil tersebut.

‭ " Ya, saya. Siapa ni?" tanyaku kerana aku tidak cam suara pemanggil tersebut.

" Mira, kakak ni. Kak Lyn nak bagi tahu Mira. Ibu sakit. Kalau boleh Mira datang la melawat ibu kat kampung. Dia selalu menyebut nama Mira. Ibu terlalu rindukan Mira." Selepas memberitahuku tentang ibu kak Lyn terus memutuskan talian.

Ibu sakit. Tenat ke? Ah, waktu aku sakit ibu tak datang pun. Aku dibiarkan atas katil sorang-sorang. Cuma kadang-kadang abah akan masuk ke bilik bertanyakan khabarku. Saat aku rindukan ibu, dia tak datang pun.

Seminggu berikutnya kak Lyn menelefonku lagi. Kali ini kudengar suaranya agak cemas dan sedih. Menurut kak Lyn, ibu dalam keadaan tenat. Jika aku tidak pulang menjenguk ibu mungkin aku tidak akan berkesempatan lagi.

" Mira balik ya. Kesian ibu. Dia terlalu rindukan Mira." Itulah kata-kata akhir kak Lyn.Hatiku bertambah luluh membayangkan wajah ibu. Aku mencapai telefon lalu mendail nombor telefon abah.

" Abah, Mira minta maaf. Mira terpaksa melanggar amaran abah. Mira nak balik kampung. Ibu sakit tenat. Mira bukan tak tahu kenang jasa tapi walau apapun ibu tetap ibu kandung Mira. Maafkan Mira." Selepas menamatkan panggilan tersebut aku terus pergi ke stesen bas. Nasib baik aku mendapat tiket ke Johor Bharu malam itu juga. Waktu di dalam bas aku sentiasa mengenangkan wajah ibuku. Kenapa aku terlambat untuk mengakui bahawa aku menyanyangi ibu sepenuh hatiku. Setibanya aku di perkarangan rumah papan milik ibu, kulihat ramai orang memenuhi rumah tersebut.

" Ibu, apa yang terjadi?" Aku berbisik sendiri. Memikirkn ibu, aku terus berlari menerpa ke dalam rumah tersebut lalu mendapatkan ibu di atas sebuah tilam. Aku menangis sepuasnya sambil memeluk erat tubuh ibu yang sudah tidak berdaya lagi. Berkali-kali aku memohon maaf kepadanya.

" Bu, maafkan Mira bu. Mira tau Mira dah banyak melukakan hati ibu. Mira buta menilai kasih ibu. Maafkan Mira bu. Mira nak bersama-sama hidup dan merasai kasih sayang ibu. Ibu jangan tinggalkan Mira. Mira perlukan ibu. " Kataku sambil menangis teresak-esak.

" Mira, ibu sayangkan Mira. Tapi ibu tidak mempunyai kesempatan untuk meluahkannya pada Mira," walaupun kata-kata ibu tersekat-sekat tapi yang jelasnya ia amat meruntun jiwaku.

Kak Lyn yang berada disebelahku juga menangis teresak-esak.

" Mira, walaupun ibu tak dapat bersama Mira lepas ni, ibu nak Mira jaga diri baik-baik, belajar bersungguh-sungguh dan hormat pada orang tua," pesanan ibu dapat ku dengar walaupun suaranya tidak jelas.

" Bu, ibu jangan cakap begitu bu. Ibu jangan tinggalkan Mira dan kakak.

Ibu hanya tersenyum payah dan menghembuskan nafasnya yang terakhir di ribaku. Tubuhnya yang kaku ku peluk erat. Aku rasa seperti mahu meraung saat itu namun aku tabahkan hati tetapi tangisanku semakin kuat kedengaran.

" Sabar, dik. Allah lebih sayangkan ibu. Mira jangan menangis lagi.

" Kak, kenapa ibu pergi terlalu cepat. Tanpa sempat Mira bermanja dengannya. Tanpa sempat Mira merasai kasih sayangnya," luncur sahaja persoalan itu dari mulutku.

" Mira, mungkin ini sudah satu suratan dan kita kena tabah mengahadapinya dik.", kata-kata kak Lyn sedikit-sebanyak menenangkan keadaanku.

Setelah jenazah ibu selesai dikebumikan, kulihat sebuah kereta honda berwarna hitam menuju ke arah rumah kami. Aku amat mengenali kereta tersebut. Apabila pemiliknya keluar dari kereta berkenaan, aku dan kakak menuju ke arah mereka.

" Apa abah dan mama nak? Puas ke hati mama sekarang ni? Mama sanggup fitnah arwah ibu demi kepentingan mama. Mama pisahkan kami. Apa salah ibu pada mama?", soalku dengan nada marah bercampur geram kepada mama dan abah.

" Mama datang sini sebab nak minta maaf. Mama tahu mama banyak berdosa pada ibu dan kamu sekeluarga. Maafkan mama." Baru kali ini aku dengar mama bercakap lembut denganku sambil menangis.

" Ya Mira, Lyn, abah dah banyak mengabaikan tanggungjawab terhadap kamu. Abah sedar abah silap. Abah salah. Kamu menderita kerana abah." Kata-kata abah menampakkan kekesalannya.

" Untuk apa abah dan mama baru sedar. Ibu dah tak ada lagi. Ibu dah tinggalkan kita. Tinggalkan Mira. Abah dan mama punca segalanya. Abah dan mama yang buat ibu menderita. Mira benci abah dan mama." Kataku dengan suara yang agak keras.

" Mira, Mira ingat tak pesan arwah ibu kepada Mira tadi. Bukankah ibu pesan supaya kita hormat pada orang tua. Memaafkan orang lebih baik dik daripada kita bermusuh. Walau apapun dia tetap abah dan mama kita. Kalau kakak boleh terima kenapa tidak Mira yang dibesarkan oleh abah dan mama." Kata-kata kak Lyn menyedarkan aku.

" Mulianya hati kak Lyn." Bisik hati kecilku.

Kami saling berpelukan. Aku dan kak Lyn membawa abah, mama dan adik-adik ke pusara ibu. Kami sedekahkan al-Fatihah untuk ibu dan berdoa semoga roh ibu tenang dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI