cinta seorang wanita




Air mata aku tumpah lagi. YA ALLAH.. APA YANG JADI PADA DIA NI??
Aku dail sekali lagi nombor telefon dia. Juga hampa.. masih tak dapat dihubungi.

"saya takkan tinggalkan awak sayang.. takkan sekali-kali. Biarlah saya mati pun,saya tetap takkan tinggalkan awak" kata2nya tiba2 datang menerjah. Mahu sahaja hati aku menyangkal kata2 itu. Alangkah bagusnya kalau kata2 tu dusta.

Aku pasti ada harapan yang tiada perkara buruk terjadi padanya. Aku rela kiranya dia menghilang untuk meninggalkan aku.. pasti dia akan lebih bahagia. Tapi jauh di dasar hati ni aku memang percaya. Aku tau dia takkan pernah tinggalkan aku.. tak sengaja tercetus doa di dalam hatiku "ya allah.. aku rela dia menghilang kerana tinggalkan aku. Bukan kerana terjadi perkara buruk padanya"

Takder la.. tak de jumpa dia pun minggu ni kiriman sms yang baru diterima itu menghampakan aku sekali lagi. Aku Cuma mahu pastikan dia ok. Itu saja... aku tak sanggup lagi gundah gulana mcm ni. Cukup la seminggu.. aku dah rasa deritanya.. aku tak dapat bayangkan kalau apa2 terjadi padanya.. aku terlalu cintakan dia. Walaupun aku juga terlalu banyak menyakitinya..

Dia terus mengejar aku.. aku juga terus berlari. Aku tak pasti kenapa... yang pasti aku tak mau dia mendekati aku. Nafasku makin lelah. Dan aku berhenti seketika.. kakiku tak kuat lagi untuk terus berlari.
"sayang!!!!" aku dengar jeritannya kuat dan serentak itu badanku terpelanting. Aku ditolak kuat hingga terbaring di pinggir jalan.. tak sempat berkata apa. Sepantas kilat silau memancar dan sebuah lori memecut laju. Darah terhambur di serata jalan raya.

"jangan!!!!!!!" semuanya hilang. Aku kini berada di dalam bilikku sendiri. Aku urut dada.. syukurlah itu hanya mimpi.. atau.. mungkinkah satu petanda? Aku jadi takut memikirkannya. Jam meja ku capai,sudah menginjak subuh rupanya.. hampir semalaman aku tak mampu lelapkan mata. Mungkin aku terlena sejam saja malam tadi..

Sebaik selepas sembahyang subuh selesai. Telefon berbunyi... tergesa2 aku pergi menjawab..
"assalamualaikum" suara seorang lelaki menjamah telinga dari hujung talian. Aku tak dapat meneka siapa. Yang pasti bukan dia. Dan aku bukan ade kawan lelaki yang lain

"waalaikumsalam.. siapa?" aku bertanya gusar.
Dan perkhabaran itu aku terima juga. Tentang dia yang hampir seminggu cuba aku cari..

Terduduk aku seketika. Mengalir lagi air mataku. Sesuatu memang betul2 terjadi padanya namun aku masih perlu bersyukur kerana tuhan bagi kesempatan untuk bertemu lagi dengannya. Atau mungkinkah tuhan bagi peluang untuk aku tebus kelukaan yang aku bagi padanya?? Tuhan tabahkan hatiku untuk menerima semua ni..

"dia accident masa menunggang motor di kampung. Kakinya digilis kereta dan doktor cakap dia tak dapat berjalan lagi. Itu pun dia baru sedar.. dalam seminggu dia koma. Sedar2 dia terus suruh saya call awak" lelaki yang bernama iqbal itu memberi penjelasan.

Aku hanya diam.. tak mengangguk,tak menggeleng.. air mata yang ingin mengalir aku tahan. Aku tak mau menangis lagi. Cukupla selama ni aku menangis untuk perkara yang bukan2. aku tak nak dia susah lagi kerana aku.. biarla kali ni aku pulak yang akan memujuk dia..

"sayang.. saya faham kalau awak nak tinggalkan saya sekarang" suara itu mencantas lamunan. Aku pandang wajahnya yang redup.. aku capai tangannya dan aku genggam kuat..

"saya janji saya takkan tinggalkan awak.. sebab sekarang saya tau saya takkan mampu untuk hidup tanpa awak lagi" tak aku sangka.. kata2 itu terluah juga.. aku lihat air matanya menitis. Aku sapu dengan jemariku.. biarlah kali ni saya pulak yang menjaga hati awak


Tuhan..

Mungkin ini satu musibah..
Tapi bagiku hikmah yang tersembunyi terlalu bererti
Tanpa kisah ini aku takkan sedar

Dan entah sampai bila hatinya akan aku sakiti lagi
Namun kini.. aku redha andai ini yang harus aku korbankan
Demi mengubati kelukaan hatinya yang aku berikan dulu..
Dan aku bersumpah...
Akan aku pertahankan cinta ini dalam izinmu.

Cinta ku hanya satu selainmu dan itulah dia.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI