salon untuk haiwan di perkenalkan



MOSCOW - Sebuah salon haiwan peliharaan di sini menawarkan perkhidmatan mewarna serta memotong bulu anjing dan kucing dengan gaya yang luar biasa kelmarin.

Salon berkenaan menawarkan perkhidmatan mewarna bulu haiwan kesayangan masing-masing dengan pelbagai warna. Pekerja di salon tersebut juga berkemahiran untuk memotong bulu haiwan tersebut dengan pelbagai gaya menarik.

Pemilik salon itu, Daria Gotz berkata, mereka menggunakan bahan pewarna semula jadi dan mesra haiwan agar kesihatan anjing atau kucing tidak terjejas.

"Kami menggunakan bahan pewarna semula jadi supaya ia tidak memberi kesan terhadap haiwan yang dibawa ke sini.

"Kami juga menawarkan perkhidmatan memotong bulu anjing atau kucing dengan pelbagai gaya yang unik," katanya

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI